May 16, 2010

Korea Selatan Juara Piala Uber 2010

Juara Piala Uber 2010 ialah Korea SelatanTahniah buat pasukan Korea Selatan yang menjuarai Piala Uber buat julung kalinya apabila berjaya menewaskan juara bertahan China dengan keputusan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 15 Mei 2010. Kemenangan ini sekaligus mencatat sejarah paling bermakna buat Korea Selatan.

Sudah pasti kejayaan pasukan Korea Selatan merangkul Piala Uber akan menjadi cerita panas di seluruh dunia kerana sebelum ini hanya China yang mendominasikan kemenangan Piala Uber ini selama enam kali berturut-turut sejak tahun 1998 meskipun Korea Selatan sudah lima kali memasuki final Piala Uber dan bertemu dengan China tetapi kalah.

Berikut Keputusan Final Piala Uber Korea vs China;

Bae Seung Hee mn Wang Yihan 23-21, 21-11

Lee Hyo Jung/Kim Min Jung mn Ma Jin/Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15

Sung Ji Hyun kk Wang Xin 14-21, 21-16, 7-21

Lee Kyung Won Won/Ha Jung Eun mn Du Jing/Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.

Akhir kata, Tahniah untuk Korea Selatan. Cukuplah disini saja perkongsian cerita panas berkenaan Juara Piala Uber 2010. Nantikan Juara Piala Thomas yang akan berlangsung 16 Mei 2010. Jika Indonesia menang, sudah pasti ianya mencatat sejarah. Jika China menang, sudah tentu ianya mengekalkan kejuaraannya merangkul Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut. Sama-sama kita saksikan.

No comments:

Post a Comment