Dec 6, 2009

Tips Tarik Suami Ke Ranjang

Tips Tarik Suami ke RanjangKali ini aku ingin kongsikan tips tarik suami ke ranjang dan posting ini hanya sesuai di baca untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja, ataupun yang sudah 18 tahun keatas kerana mungkin ada yang ingin menambah ilmu mengenai hal-hal sebegini. Kepada mereka yang bawah 18 tahun, silalah beralih kepada posting yang lain ok. Sebenarnya ini merupakan posting berani dari aku yang mungkin berunsur seksual sedangkan blog ini sebenarnya untuk membaiki nama baik melayu boleh. Walaupun begitu, tips tarik suami ke ranjang boleh dikatakan satu ilmu yang harus dipelajari oleh wanita serta gadis melayu di luar sana. Selain itu, jadilah seseorang yang hidup berani untuk gagal kerana tanpa keberanian sudah tentu anda takut mencuba sedangkan kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba.

Ok, tanpa membuang masa, aku senaraikan tips untuk menarik suami supaya mudah di bawa ke ranjang. Antara tips-tipsnya adalah:

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

Haa..macam mana dengan tips tarik suami ke ranjang ini? Adakah anda rasa tips ini berkesan? Apa yang penting, anda haruslah mencuba dahulu jika sebelum ini suami anda sangat susah di bawa ke ranjang. Diharap dengan perkongsian tips tarik suami ke ranjang dapat menambah pengetahuan untuk gadis melayu di luar sana.

14 comments: