May 20, 2009

Perdana Menteri Malaysia Pertama

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia, Melayu BolehPada posting lepas, melayu boleh blog telah membuat posting tentang Mat Kilau Pahlawan Melayu, di mana beliau merupakan seorang pejuang untuk mencapai Kemerdekaan demi memartabatkan bangsa dan agama tercinta. Today, blog ini akan membuat posting tentang Perdana Menteri kita yang pertama merupakan seorang anak melayu boleh dan dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia", iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

Tunku merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak Kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Malah, pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian teragungnya. This melayu boleh dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahanda melayu boleh ini ialah Sultan Hamid merupakan seorang Pemerintah Negeri Kedah pada masa itu, malah mempunyai beberapa orang isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintainya itu adalah orang berketurunan Thai merupakan anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), beliau adalah seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Ini bermakna, Tunku dilahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain.

Tunku adalah putera raja yang mempunyai bilangan adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar jumlahnya, tetapi tidak untuk lingkungan mereka yang mewarisi takhta kerajaan negeri. Tuhan telah menentukannya supaya boleh menjadi pemimpin rakyat di seluruh negara, malah pemerintahannya itu juga tidaklah berdasarkan kepada warisan, tetapi berdasarkan atas pemilihan rakyat. Pada zaman kanak-kanak, this melayu boleh menuntut ilmu di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum menyambung pembelajarannya di Bangkok dalam sebuah Sekolah Thai. Kemudiannya pada tahun 1916, Tunku pulang ke Kedah semula dan menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu sebelum beliau memasuki Penang Free School. Selepas itu, this melayu boleh dihantarkan oleh keluarganya untuk menuntut pelajaran di seberang laut, iaitu di St. Catherine's College, Universiti Cambridge, England.

Walaupun rekod akademiknya ialah sesuatu yang tidak boleh untuk dibanggakan, namun beliau merupakan orang melayu pertama yang berkebolahan berasal dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris dengan mendapat Ijazah B.A dalam Sastera pada tahun 1925. Sudah tentu ini membuktikan bahawa orang melayu boleh berjaya walau dimana jua berada jika disulamkan dengan semangat kezamanan yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk mencipta kejayaan dalam bidang yang diceburi. Selepas itu, Tunku kembali pulang ke Tanah Melayu dengan Ijazah yang dimiliki olehnya, akan tetapi abangnya menghantarnya kembali ke England supaya boleh belajar pelajaran undang-undang di Inner, Temple. Namun, tunku gagal dalam peperiksaan untuk subjek undang-undang kerana beliau tidak begitu berminat dalam pelajaraannya dan pada tahun 1931, this melayu boleh kembali pulang ke Tanah Melayu.

Sekembalinya tunku ke tanahair, beliau bertugas dalam perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Kulim serta Sungai Petani. Semasa perang jepun melanda, this melayu boleh memainkan peranan penting untuk menyelamatkan keluarganya dari peperangan tersebut. Apabila ayahandanya iaitu Sultan Abdul Hamid cuba dibawa oleh British untuk ke Pulau Pinang supaya terselamat dari serangan Jepun, Tunku sempat menculiknya supaya boleh membawanya ke Kulim. Maka, di sanalah ayahandanya boleh tinggal bersama-sama rakyat di waktu pendudukan Jepun. Semasa beliau pergi mencari seorang Kapten Melayu yang telah hilang di Singapura, askar Jepun yang berada di check point Johor Bahru mendapati bahawa Tunku memiliki sepucuk pistol. This melayu boleh nyaris-nyaris ditembak di situ juga kalau tidak dengan takdir Tuhan, malah beliau sempat mengeluarkan surat kuasa dari tentera Jepun di Kedah. Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku menetap di sebuah rumahnya di Pulau Pinang. Melayu boleh ini meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star. Melayu boleh blog sangat menghargai jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan untuk memartabatkan bangsa dan negara kita.

9 comments:

  1. wow..great content...i luv this kind of topic...excellent....

    ReplyDelete
  2. hi.. thanks.. That why melayu boleh buat apa saje.. :)

    ReplyDelete
  3. antara orang yang berjaya untuk negara kita. :)

    ReplyDelete
  4. btul tu blog adalah laman sosial

    ReplyDelete
  5. malaysia boleh...!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Nice post and i like this type of articles.

    ReplyDelete
  7. erm kalau boleh sertakanlah bidang yg diceburi oleh tunku dgn lbih detail lagi :) great content :) padat ! 

    ReplyDelete