May 17, 2010

China Juara Piala Thomas 2010

Juara Piala Thomas 2010 ialah ChinaBerakhir sudah Kejohanan Piala Thomas & Uber bagi musim 2010 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Semalam kita telah pun dikejutkan dengan cerita panas mengenai kejayaan Korea menjuarai Piala Uber 2010 kerana berjaya mengalahkan pasukan China.

Namun, cerita panas serta keputusan Final Piala Thomas 2010 telah pun diketahui, iaitu China sekali lagi mengukuhkan kejayaan buat kali keempat berturut-turut dengan mengalahkan Indonesia pada aksi final Piala Thomas 2010. Blog cerita melayu boleh mengucapkan Tahniah untuk pasukan China yang bertungkus lumus untuk mendapatkan gelaran Juara Piala Thomas 2010.

Berikut Keputusan Penuh Final Piala Thomas 2010;

Lin Dan mn Taufik Hidayat
21-7,21-14;

Cai Yun/Fu Haifeng mn Markis Kido/Hendra Setiawan
25-23,16-21,21-12;

Chen Jin mn Simon Santoso
19-21,21-17,21-7

Akhir kata, Tahniah sekali lagi untuk China. Sesungguhnya pemain-pemainnya begitu hebat dan cukup cergas di gelanggang. Kami harap Kejohanan Piala Thomas & Uber akan datang dimenangi oleh Pasukan Malaysia. Majulah Sukan Untuk Negara. Malaysia Boleh!!

2 comments:

  1. tahniah utk china.pemain2 mrk memang handal2

    ReplyDelete
  2. saya sedihhhhhh... malaysia tetap boleh....

    ReplyDelete