Apr 11, 2010

Negeri Sembilan Juara Piala FA 2010

Selepas kejayaan Negeri Sembilan Menjuarai Piala Malaysia yang lalu, kini pasukan bola sepak Negeri Sembilan kembali mengganas apabila turut menjuarai Piala FA 2010. Pada final Piala FA 2010 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil menyaksikan Negeri Sembilan menentang Kedah, perlawan yang berlangsung sehingga ke masa tambahan tidak membuahkan sebarang jaringan gol sehingga terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Akhirnya Negeri Sembilan membuktikan kehebatan pasukanya apabila berjaya menewaskan pasukan Kedah menerusi sepakan penalti dengan keputusan 5-4. Walaupun Kedah kalah, namun kekecewaan pasukan Kedah sedikit terubat apabila penjaga golnya, Mohd Helmi dan Baddrol dipilih sebagai penjaga gol dan pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2010.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekalung Tahniah untuk pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya menjadi Juara TM Piala FA 2010.

No comments:

Post a Comment