Jun 14, 2009

Lima Gaya Lelaki Boleh Memikat Farahdhiya

Melayu Boleh FarahdhiyaMelayu Boleh Blog pada kali ini akan membuat posting mengenai lima gaya lelaki boleh memikat artis terkenal iaitu seorang Gadis Melayu Boleh dikenali sebagai Farahdhiya(gambar diatas). Jika anda ingin memikat gadis melayu cantik ini, boleh amalkan tips di bawah ini.. :)

Antara stail lelaki yang boleh menawan hati penyanyi dan pelakon Melayu Boleh, Farahdhiya Mohd Amin ini ialah:

1. Bersih dan kemas.
Mendahului senarai, saya sebenarnya cepat tertarik dengan lelaki bersih serta kemas. Dari luar lagi sudah boleh mencerminkan lelaki sebegini cukup teratur serta mementingkan kebersihan tubuh dan pakaian.

2. Ringkas tapi segak.
Lelaki begini pula tidak 'lebih-lebih' apabila bergaya hinggakan kita boleh nampak dia cukup rimas. Pakaian yang dikenakan pula biarlah ringkas tapi kena dengan personaliti diri.

3. Lelaki beruniform.
Bagi saya, lelaki beruniform lebih nampak seksi lah! Lebih-lebih lagi apabila mengenakan pakaian seragam tentera laut serba putih... Nampak kacak dan berkarisma, menarik perhatian saya!

4. Pakaian sukan.
Biarpun lelaki tersebut baru sahaja mengenakan pakaian sukan, ianya sudah boleh menampakkan bahawa mereka ada kebolehan dan handal bersukan. Malah, sifat macho mereka juga boleh terserlah!

5. Kasual.
Kadang-kadang saya juga suka melihat lelaki yang boleh mengenakan pakaian kasual seperti kemeja T, seluar jeans dan sneakers sahaja. Ianya nampak sempoi gitu, tapi pastikan tidak selekeh okay?

Macam mana? Boleh layak tak? :) kalau boleh layak, cuba contact dia..:)

Source: bharian.com.my

1 comment:

  1. SAYA ada apa yg Farah inginkan, the question is.... boleh ke Farah memuaskan saya .......? dari segi lahir dan batin................
    jgn cerewat sangat farah, selalunya orang kalau banyak keinginan ends up with nothing........
    the bottomline IS find someone who can guide you UTK cari KEREDAAN Allah dgn
    Ilmu dan Amal, Dunia dah tua, ITS NOW OR NEVER........

    ReplyDelete