Aug 29, 2010

Hidup Seorang Blogger Kembali Lagi

Susulan daripada entry lepas mengenai hidup seorang blogger, kini entry berikutnya kembali lagi. Masih lagi berkenaan dengan topik hidup seorang blogger yang kini rata-rata sudah banyak maklumat mengenainya tersebar di internet jika korang buat search dekat engine carian google tu.

HIDUP SEORANG BLOGGERAku pula masih lagi kekeringan idea untuk berkongsi maklumat tersebut. Sedangkan hari ini adalah hari terakhir untuk submit entry tentang hidup seorang blogger yang mana ianya merupakan Contest SEO. Jadi itulah salah satu cabaran seorang blogger yang harus memerah otak untuk mendapatkan idea demi menghasilkan penulisan yang akan dibentangkan kedalam blog setiap blogger.

Tidak cukup dengan cabaran itu, cabaran terkena serangan malware terhadap blog mahupun website yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini turut merunsingkan kehidupan blogger. Aku sendiri sudah terkena serangan ini, penangannya amat dahsyat sekali, kehidupan boleh jadi tak tenteram. Tapi cabaran itu dapat diharungi oleh aku dengan jayanya apabila berjaya menghapuskan malware tersebut.

Cabaran hidup seorang blogger yang seterusnya ialah ketandusan idea untuk update blog. Inilah yang sedang berlaku kepada aku sekarang. Rasa seperti aku sedang merepak sahaja ini. Mesti korang boring baca entry ni. hehe. Tapi tak apa, aku tetap nak siapkan entry ini walaupun ianya tak sehebat entry blogger lain. Itulah akibatnya apabila aku daftar dua biji blog untuk join contest ini. Jadi aku kenalah simpan sedikit idea untuk mengarang topik yang sama di blog yang satu lagi. Aih.. aku bukan professional writer yang boleh karang banyak-banyak entry dengan menggunakan satu tajuk.


Teruskan dengan cabaran berikutnya. Cabaran yang paling ketara dalam hidup seorang blogger macam aku ini ialah sukar menangani sifat kemalasan. Itulah hidup manusia, memang tak dapat nak lari dengan sifat malas ini. Semua orang pasti merasa malas, tipulah kalau korang tak pernah rasa malas sepanjang hidup korang. Aku kadang-kadang nak online pun malas, apatah lagi kalau nak update blog. Sebab tu blog melayu boleh ini asyik bersarang jer.. Nampaknya belum boleh hidup sebagai seorang blogger lagi ni.

Jadi sampai disini sahajalah aku merepek, jari pun dah lenguh menaip. Aku perlu simpan tenaga dan idea untuk entry hidup seorang blogger yang satu lagi pula. Walauapapun, terhasil juga satu entry di blog ini walaupun ianya nampak merepek..

2 comments: