Nov 6, 2009

Fiqa Juara Gadis Melayu TV9 Musim Kedua

Fiqa Juara Gadis Melayu TV9 Musim KeduaTahniah untuk Fiqa yang dinobatkan sebagai Juara Gadis Melayu TV9 Musim Kedua sekaligus mendapat gelaran Ikon Gadis Melayu TV9 Musim Kedua. Fiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin berumur 20 tahun berasal dari Parit Buntar, Perak merupakan seorang pelajar IPTA. Fiqa juga seorang yang lemah lembut, bijak berkomunikasi, menyimpan cita-cita menjadi ahli biologi dan personaliti tv yang berjaya.

Program Gadis Melayu TV9 Musim Kedua disiarkan secara langsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam pada 5 NOV 2009 menerusi saluran TV9 membawakan lima finalis Gadis Melayu Boleh iaitu Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia), Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) dan Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin (Fiqa).

Final program realiti TV9 Gadis Melayu itu dikendalikan buat julung kalinya oleh pasangan suami isteri iaitu Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila yang kelihatan agak seksi. Manakala Juri profesional yang mengadili peserta Gadis Melayu adalah Nurfarahin Jamsari, pengarang majalah Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim, pengarang hiburan Harian Metro Adam Salleh, Datin Seri Normala Shamsudin, Syafinaz Selamat dan Rosyam Nor.

Fiqa Juara Gadis Melayu TV9 Musim Kedua
Siti Nur Syafiqa, Fiqa (tengah) berjaya pikat juri dan dipilih sebagai Ikon Gadis Melayu, malam tadi.

Kepada yang mengikuti siaran langsung program realiti TV9 itu sejak jam 8.30 malam tadi sudah semestinya terpegun dengan persembahan Fiqa yang cukup mantap dan menyerlah. Malah persembahan lakonannya yang berganding dengan pelakon terkenal tanah air iaitu Fauzi Nawawi cukup berkesan dan berjaya menyentuh hati juri jemputan iaitu Rosyam Nor.

Fiqa Juara Gadis Melayu TV9 Musim Kedua memenangi wang tunai RM10,000 beserta Trofi dan jambangan bunga, malah diikat kontrak selama setahun bersama TV9. Fiqa juga membawa pulang anugerah sampingan iaitu Gadis Safi Balqis. Manakala anugerah Gadis Bijaksana dimenangi oleh Finas dan mendapat sebuah trofi serta cek bernilai RM2,000.

Kini, pencarian Ikon Gadis Melayu TV9 Musim Kedua telahpun terjawab dan ikon gadis melayu dimiliki oleh gadis melayu yang bersih dari sebarang kontroversi iaitu Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin (Fiqa), TAHNIAH sekali lagi buat beliau.

2 comments:

  1. dapatkan panduan untuk bina badan berotot agar anda tough dan dikagumi...

    ReplyDelete
  2. kalau da menag 2 mcm2 mlut la nk ckp...exspecially org kmpung sendiri..lau da jelex kt org 2 g la test market korang jgn nk dok ceruk2 mne fitnah org..

    ReplyDelete