Nov 8, 2009

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009

Negeri Sembilan muncul Juara Piala Malaysia 2009Tahniah buat Negeri Sembilan kerana muncul Juara TM Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final Piala MAlaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 NOV 2009 semalam.

Ini merupakan kejayan sulung buat Negeri Sembilan untuk merangkul Piala Malaysia 2009 edisi ke-84 setelah menanti selama 61 tahun iaitu kali terakhir skuad Hobin Jang Hobin membawa pulang Piala Malaysia ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.

Skuad Rusa hanya memerlukan masa 17 minit untuk menjaringkan gol pertama Negeri Sembilan menerusi pemain Shahurain Abu Samah sekaligus mendahului Kelantan. Manakala Gol kedua skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan dijaringkan oleh Hairudddin Omar pada minit ke-46 dan gol ketiga dijaringkan oleh Mohd. Zaquan Adha Radzak hasil tendangan penalti pada minit ke-59.

Pada aksi Piala Malaysia 2009 semalam, kedua-dua pasukan pada mulanya menunjukkan permainan yang seimbang, tetapi selepas Skuad Negeri Sembilan menjaringkan gol, Kelantan mula dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar sekaligus memberikan peluang kepada pemain Negeri Sembilan untuk menyerang.

Namun, Kelantan tidak pulang dengan tangan kosong apabila bintang Kijang iaitu Indra Putra Mahayuddin berjaya memperolehi gol saguhati setelah menewaskan penjaga gol N. Sembilan melalui tendangan percuma yang cukup menarik pada masa kecederaan minit ke-93. Di samping itu, Indra Putra juga muncul penjaring gol terbanyak pada saingan Piala Malaysia 2009 dengan 11 gol.

Di samping aksi-aksi menarik Final Piala Malaysia 2009, pelbagai kejadian yang kurang menarik juga berlaku seperti beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air serta mercun dibaling ke dalam padang. Walau apa jua keadaan sekalipun, Skuad Negeri Sembilan telah membuktikan beliau lebih berhak merangkul Juara Piala Malaysia 2009. Tahniah!!

1 comment:

  1. hidup N9!!kita telah buktikan kepada kelantan bahawa N9 bukan satu pasukan yg sebarangan..steady!!

    ReplyDelete