Jun 23, 2009

Florida Mewajibkan Anda Berseluar Dalam

Seluar Dalam FloridaAgak lucu jika dilihat pada tajuk diatas. Tapi itulah hakikat sebenar yang berlaku di Florida, Broolsville iaitu sebuah bandar kecil yang memperkenalkan peraturan baru buat pertama kalinya dengan mewajibkan setiap penduduk tidak kira jantina supaya memakai seluar dalam sewaktu bertugas.

Namun undang-undang kecil yang digubal itu telah menyebabkan tercetusnya pertikaian di kalangan penduduknya serta didakwa sebagai melanggar hak kebebasan. Malah, peraturan baru tersebut juga melarang dari memakai pakaian dalam untuk dipertonton secara terbuka.

Turut dipinda ialah peraturan yang mewajibkan memakai deodoran untuk setiap pekerja bagi menghilangkan bau busuk ketiak ketika di dalam pejabat. Selain itu, mereka dilarang memakai pakaian yang berbaur lucah serta memakai anting-anting di telinga.

Hukuman denda oleh pihak dewan bandaran akan dikenakan kepada penduduk yang melanggar undang-undang kecil tersebut. Bagaimanapun, Datuk Bandarnya, Joe Bernadini menentang pindaan itu sebagai mencabuli hak asasi manusia. Harap-harap di Malaysia tak berlaku benda-benda yang macam ni.. Mungkin tak semua orang suka pakai seluar dalam..:) JAdi apa komen anda?

No comments:

Post a Comment