Jun 23, 2009

Tips Elak Lupa Dengan Memakan Kari

tips elak lupa makan kariPercayakah anda bahawa dengan memakan kari, anda boleh elakkan lupa? Entah betul atau pun tidak, hamba pun tak pasti, tapi inilah yang didakwa oleh Kolej Diraja Psikiatri Britain. Kolej tersebut mendakwa bahawa amalan memakan makanan yang berasaskan kari sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko untuk penyakit Alzheimer dan mudah lupa.

Fakta ini dikukuhkan lagi dengan adanya sejenis bahan yang dikenali sebagai Curcumin dimana ianya merupakan kandungan kunyit dan digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat India. Ianya dipercayai dapat menghalang perubahan otak.

Untuk pengetahuan anda, Curcumin menjadi agen penghalang Amyloid plaques. Ia merupakan protein toksik yang boleh menyebabkan punca utama penyakit Alzheimer. Melalui kajian makmal dan ujian ke atas haiwan juga membuktikan bahawa kari dapat melawan penyakit mudah lupa.

Malah pakar pemakanan dari Amerika Syarikat yang berasal dari India, iaitu Prof. Murali Doraiswamy memberitahu, mereka yang makan kari dua hingga tiga kali sehari berisiko rendah untuk mudah lupa. So, sama-samalah kita amalkan makan kari selalu yer.. Manalah tahu boleh kurangkan risiko mudah lupa ini.. Kita juga yang beruntungkan.

13 comments:

  1. nak gak..join skali erk...kari mamak...fuyooooo

    ReplyDelete
  2. Sila2, blh jer join..
    knp kari mamak sedap ek??:)

    ReplyDelete
  3. hahaha,
    lps ni suh ibu masak kari je la harihari.
    tp da la aku ta ske sgt kari :(

    ReplyDelete
  4. emm, rugi la kalu tak suka kari..

    ReplyDelete
  5. hhahahha...atok aku mmg favret dia kari..tapi nyanyuk gak...santan lebih kot...

    ReplyDelete
  6. emm, sebab dah tua sangat kot.. :)

    ReplyDelete
  7. aku pun suka..hehe..
    kari kepala ikan best woo..

    ReplyDelete
  8. mahai, maman kari..
    emmm mabolus.....
    awesome, hahahx3...
    tapi aq paling minat makan kuah kari mak aku. .

    ReplyDelete