Jun 24, 2009

Wajarkah Pelajar Dirotan Kerana Tak Mampu Beli Buku

pelajar anak melayu di rotanKes ini berlaku di Besut, Terengganu. Pelajar Melayu tersebut sudah banyak kali diingatkan oleh gurunya supaya membeli buku latihan Bahasa Inggeris yang berharga RM18. Oleh kerana tidak mampu memenuhi kehendak guru tersebut, akibatnya apabila mereka datang ke sekolah tanpa buku itu, tiga murid sebuah sekolah kebangsaan di Jerteh di sini pulang ke rumah dengan kepala dan betis lebam kerana dirotan oleh guru.

Guru itu didakwa naik angin ekoran ketiga-tiga pelajar daripada golongan keluarga miskin tersebut gagal menyiapkan kerja sekolah mereka yang berpandukan latihan dalam buku yang mereka belum beli.

Mengenang kembali kejadian itu, Normi Hafidah Muhamad yang berumur 11 tahun mendakwa bahawa mereka dirotan di kepala sekali dan menerima empat sebatan di betis apabila guru itu marah kerana mereka masih belum membeli buku berkenaan.

Hafidah yang tinggal di Kampung Alor Belanga berkata, sejak dari bulan lepas lagi dia sudah banyak kali meminta duit daripada ayahnya untuk membeli buku itu, akan tetapi ayahnya hanya berdiam diri sahaja.

Bapanya, Muhamad Nor yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga tujuh beranak itu menghidap penyakit kencing manis dan batuk kering mendakwa beliau telah berusaha mengumpul wang agar anaknya dapat membeli buku tersebut. Namun, bapanya belum dapat memberi dia wang untuk membeli buku tersebut dan tak menyangka bahawa anaknya itu akan dirotan dengan teruk.

Manakala rakan anaknya Nuraini Afika Rosmadi yang berumur 11 tahun pula kini fobia untuk pergi ke sekolah kerana bimbang akan dirotan lagi. Bergelar cikgu, tapi kenapa mesti ada cikgu yang macam ini? Pelajar miskin yang tak berkemampuan pun dia nak belasah! Apa pendapat anda? Bolehkah pelajar dirotan atas sebab begini?

7 comments:

  1. smua cikgu skolah pun sama saje, kat skolah rendah sy dulu pun sama je smua cikgu klau lum bli buku trus rotan.
    dah tau org miskin nak jg rotan, klau x dpt bli mcm mn jg?
    baik cikgu tu tolong bli kan.
    igt murid yg xmampu xnak bli ke?
    dorg dtg nak blajar, cikgu patut tny apa masalah dorg. ni x, trus je rotan. kementerian pelajaran malaysia patut pantau benda ni, cikgu yang rotan tu ptt di gantung kerja trus.

    ReplyDelete
  2. Haha..
    betul2..
    aku setuju sangat dgn ko Renzo..
    perkara ni mmg x patut..
    mentang2 la cikgu2 ni ada pendapatan tetap..
    langsung x memikirkan keadaan pelajar2 miskin ni..
    main nak redah jer.. Ingat keje cikgu ni tau nak rotan je..

    ReplyDelete
  3. yeah... they are really not fair. they need to think and take action help they students if their students don't have money. why not teacher's help their students.

    ReplyDelete
  4. masa aku sekolah dulu cikgu fizik aku slalu gaduh ngn sorang mmbe aku yg xberapa nak rajin belajar slain tuk mmbe aku tuh xmampu bayar yuran plak tuh...

    walaupun banyak kali gaduh last2 mmbe aku mengalah setelah tahu walaupon cikgu tu slalu marah dia tapi cikgu tu byar yuran tuk dia

    ReplyDelete
  5. Best nye kalu ada cikgu mcm member ko tu.. baik jer..

    ReplyDelete
  6. Guru juga insan biasa yg ada kelemahan, TETAPI memukul murid dgn rotan MESTILAH bertempat dan mengikut tatacaranya. Kesalahan ini tak boleh dirotan sebenarnya. OLEH itu setiap guru mestilah selalu memuhasabah dirinya dari sudut hubungan dgn ALLAH agar diberi kekuatan kesabaran di dalam mendidik . INGATLAH da'wah Rasulullah s.a.w berteraskan kesabaran dan kasih sayang.

    ReplyDelete
  7. Cikgu klu nk menghukum tgk la keadaan, tak boleh sebat jek. Nanti berlaku zalim lak....

    ReplyDelete