May 24, 2009

Orang Melayu Tak Minat IT?

Anak Melayu BolehDewasa ini, bidang teknologi maklumat (IT) merupakan bidang yang pesat berkembang dengan pantasnya dan ianya bukan hanya untuk mereka yang genius sahaja, sebaliknya anda boleh berjaya di dalam bidang ini jika rajin berusaha. Namun hakikatnya sekarang, bidang ini sedang dipelopori oleh bangsa Cina dan India. Jadi, di mana kelibat anak-anak Melayu kita? Sedangkan Anak Melayu berkebolehan dalam pelbagai bidang, tetapi cuma kurang pendedahan di dalam bidang ini menyebabkan mereka gagal menunjukkan bakat. Kita dapati kebanyakan anak Melayu Boleh berkecimpung dalam bidang pengurusan berbanding sains komputer. Malah, mereka menganggap bidang ini sukar untuk dipelajari.

Tidak cukup dengan itu, ada juga segelintir pelajar Melayu terlalu mengambil mudah dalam memilih sesuatu jurusan. Contohnya, mereka hanya boleh memilih bidang yang mudah lulus untuk berjaya atau program popular. Tetapi, sejauh manakah kebenarannya? Persoalan "sukar" untuk menceburkan diri dalam bidang baru sepatutnya tidak perlu timbul di kalangan pelajar Melayu kerana mereka perlu sedar bahawa setiap perkara yang baru dipelajari akan diperkenalkan daripada akar umbi dahulu dan bukannya terus ke puncak. Ini bermakna, bidang sains komputer itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dipelajari oleh anak-anak melayu jika mereka boleh bermula dari peringkat asas.

Justeru itu, pakar dalam bidang ini juga perlu mempunyai idea bernas supaya boleh menarik minat masyarakat untuk mendalami bidang ini terutamanya dalam bidang pengaturcaraan. Mereka perlu didedahkan dengan betapa pentingnya bidang ini untuk bersaing dalam dunia yang semakin maju seiring teknologi global yang kini sedang pesat berkembang. Masyarakat juga perlu didedahkan dengan skop kerjaya dalam bidang ini supaya mereka boleh berpandangan jauh. Mereka juga mesti mengambil kira aspek kehendak semasa dan skop kerjaya yang luas dan mampu membantu mengubah corak hidup mereka ke arah yang lebih baik jika menguasai bidang berkenaan. Kepentingan dan permintaan dalam industri ini menjadi sangat ketara untuk menarik perhatian majikan, cuma mereka perlu diberi penerangan dan pengetahuan lebih jelas untuk mendekatkan diri supaya boleh mempelajari bidang pengaturcaraan.

Selain itu, ada berpendapat bahawa anak Melayu kurang berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat kerana masalah faktor kewangan. Keupayaan untuk memiliki sebuah komputer menjadi satu perkara yang amat sukar buat anak melayu boleh. Namun, fakta mendapati bahawa kebanyakan pengunjung setia di pusat siber adalah remaja Melayu. Mereka juga sanggup membayar wang semata-mata untuk tujuan 'chatting' dan permainan interaktif. Ini membuktikan mereka bukanlah golongan naif mengenai teknologi, tetapi mereka kurang berusaha untuk mempelajari dan mendalami bidang IT. Mungkin mereka takut meneroka perkara yang lebih berfaedah sehingga mampu menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan hingga ke tahap penyelidikan dan penghasilan teknologi itu sendiri.

Sebaliknya, kita boleh mencontohi India. Walaupun negara tersebut mempunyai populasi penduduk miskin yang ramai, tetapi mereka mampu melahirkan ramai pakar IT yang diimport ke negara maju. Hakikatnya, pelbagai usaha boleh dilakukan bagi melahirkan ramai pengaturcara di kalangan anak Melayu. Penerangan perlu diberi terhadap kepentingan dan kegunaan komputer sebagai alat yang berpotensi dalam semua bidang dan tidak hanya dalam bidang sains komputer sahaja. Masyarakat juga perlu diberi penerangan mengenai pengaturcaraan dan potensinya. Tidak mustahil suatu hari nanti peratus bilangan anak Melayu Boleh dalam bidang ini berada pada tahap membanggakan jika masalah ini dipandang serius dan diberi pendedahan meluas.

Basok Aizan yang merupakan Pengaturcara Institut Generasi berkata pihaknya menyedari hakikat itu dan terpanggil untuk membantu memberi bimbingan kepada anak Melayu supaya berkebolehan dalam bidang IT. Malah, Institut Generasi akan merangka program bersesuaian untuk menarik minat pelajar Melayu Boleh untuk mengikuti kursus ditawarkan. Beliau berkata, setakat ini, program yang ditawarkan ialah Pengurusan Sistem Maklumat, ASP.Net, Teknologi Maklumat, Internet Marketing, VB.Net, SQL Database dan Rangkaian Komputer.

"Kami memberi jaminan kualiti terhadap program yang ditawarkan, malah di pantau NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan) iaitu badan yang menyelia kualiti mutu mata pelajaran. Malah, kemudahan makmal kami dilengkapi teknologi terkini iaitu menggunakan 'Prosessor Dual Core' dengan keupayaan hardisk yang tinggi dan ini membolehkan pembelajaran dijalankan dengan lancar," katanya. Menurutnya lagi, antara kelebihan lain di institut itu ialah memberi ilmu kepada pelajar dalam latihan kemahiran yang mirip amalan kerja sebenar.

4 comments:

  1. artikel yg bgus....kna2 sya maw msuk kos it.....dpt bngkit smgt skit ni.....terima kasih...=)

    ReplyDelete
  2. spa kta org melayu xminat it?...
    sya minat lh, 2lh pasal sya ambik kos it di ipta kat ngara ta nie.
    kan it mbantu ta untk bsaing dgn negara2 yang lain.
    jgnlh ta asyik mgharapkn bntuan drpd ngra luar jak. punyalh bnyk rakyat m'sia nie. nk 3juta lbih tau, so marilh ta ramai2 fikir yang it ini mang pnting dlm khdpan.

    ReplyDelete
  3. bukan semua, tp segelintir.. hope nnti melayu lebih maju lagi..

    ReplyDelete
  4. Ramai yg minat dan ramai jugak yg tak minat, kawan sy kat U ni ada yg ada laptop dan akses ke internet. Tapi just guna utk main fb jek... bila nak ajar buat blog... tak bminat lak dia :-) huhu minat org lain2 :-)

    ReplyDelete