Aug 28, 2010

Serangan Malware Makin Menjadi-Jadi

Sejak kebelakangan ini, serangan Malware terhadap website mahupun blog makin menjadi-jadi. Jadi aku nak kongsilah cerita panas mengenai perkara ini. Lepas satu-satu website kena, website lain pula yang terkena serangan tersebut. Aku perasan masalah ini selepas blog personal aku diserang malware pada 2 minggu lepas. Empat hari gak hidup aku merana sehinggalah Malware yang ada berjaya dibuang dan sekarang blog tersebut sudahpun bebas dari Malware. Harap-harap lepas ini tak ada dah serangan Malware kat blog aku tu.

Serangan Malware Terhadap Website dan BlogHidup seorang blogger seperti aku ni suka merayap-rayap di alam maya dan suka untuk study something new. Pada masa yang sama juga suka melawat blog blogger lain yang sememangnya sarat dengan maklumat-maklumat terkini. Itupun jika hidup seorang blogger tersebut banyak menghabiskan masanya untuk mengupdate blog. Dapatlah aku membaca update tersebut dan bertambahlah pengetahuan aku. Kalau entry tu menarik, tangan aku ni jadi gatal untuk membuat komen..

Dalam pada aku merayap menggunakan engine carian Google membuat carian untuk beberapa kata kunci, tersenarailah result yang disuggestkan oleh google. Dalam result tersebut, adalah satu website Geng Blogger yang tersenarai. Tapi ada something wrong terhadap website Geng Blogger itu, iaitu website tersebut telah pun diberi warning oleh Google bahawa terdapat Malware yang bersarang disitu. Aih, blog aku baru jer terkena serangan, kini website Geng Blogger pula yang terkena..

Belum selesai lagi masalah Geng Blogger diserang malware, kini website stesyen TV portal pertama di Malaysia pula yang terkena serangan Malware.. Bayangkan website TV3 itu begitu mudah terkena serangan Malware, apatah lagi website/blog kita ini yang sememangnya tidak secure. Memang Malware durjana betullah.. Tetapi untuk setiap serangan Malware ini, ianya adalah Malware yang berlainan. Tetapi tak pastilah kalau tuan punya Malware itu adalah orang yang sama.

Jadi kepada mereka yang mempunyai website/blog, hati-hatilah dengan serangan Malware yang kian menjadi-jadi ini. Hidup seorang blogger harus tabah dan berani menghadapi cabaran seperti ini. Sebagai blogger, korang perlulah sentiasa peka dengan keadaan blog korang supaya mudah untuk korang detect jika ada something wrong dengan blog korang. Sekian dari blog melayu boleh. Jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri... :)

No comments:

Post a Comment