Aug 22, 2010

Hidup Seorang Blogger SEO Contest

Hidup seorang blogger salah satu topik yang agak menarik bagi aku. Sebab ianya memberi gambaran bahawa blogger itu hidup dalam dua alam iaitu alam realiti dan alam maya, bukan hidup seorang diri yer.. haha.. Memandangkan agak lama aku tidak update pada blog ini, jadi eloklah aku merepek sedikit mengenai Hidup Seorang Blogger.

Hidup Seorang Blogger
Kebiasaannya seorang blogger banyak menghabiskan masanya untuk aktiviti online. Contohnya seperti blogwalking, ini sememangnya boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian hidup seorang blogger. Bagi aku, blogwalking ini amat menarik jika blog yang kita lawati itu menyediakan entry-entry terbaru untuk dibaca. So secara tak langsung ianya dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Menggunakan social networking seperti facebook, myspace, tagged, friendster, dan twitter juga merupakan perkara yang tergolong dalam hidup seorang blogger. Kalau tak buka social networking dalam satu hari, boleh jadi hilang arah dibuatnya.. Itulah penangan social networking yang berjaya mempengaruhi minda separa sedar para penggunanya.. Apatah lagi kini facebook menguasai carta social networking yang paling top di Malaysia..

Penggunaan email dan chatting melalui Yahoo Messenger dan Skype atau segala macam yang berkaitan dengan medium chatting juga salah satu rutin harian seorang blogger. Bukan untuk blogger sahaja, malah boleh dikatakan dewasa ini semua rakyat di Malaysia mempunyai email dan menggunakan kemudahan ini untuk berchatting. Boleh dikatakan semua itu sudah menjadi keperluan hidup untuk semua orang.

Buat duit dengan blog juga salah satu punca pendapatan hidup seorang blogger. Korang jangan tak percaya dengan blog juga boleh buat duit, tapi perlu ada teknik yang berkesanlah. Tapi apa yang paling penting ialah niat berblogging tu kenalah betul. Bila dah kukuh dan betul-betul fokus dalam berblogging, hasilnya akan tiba jua..

Cabaran hidup seorang blogger sebenarnya cukup mencabar, banyak halangan dan dugaan yang harus ditempuhi jika ingin menjadi seorang blogger yang berjaya.. Usaha yang beterusan amat penting sekali... Sekian...

3 comments:

  1. cerita yang menarik, gud luck bro..

    ReplyDelete
  2. blog salah satu social network..kalau ad blog konpem akan join fb ng twitter..nak cr trffc nye psal..hidup blogger mmg cmtu.. kerja kuat nak majukan blog..hee

    ReplyDelete
  3. Banyak perkara yang dilakukan oleh seorang blogger seperti diatas tidak menjadi rutin dengan saya. Layakkah saya dipanggil blogger? Tapi saya suka baca blog orang lain,.. contohnya blog saudara ini, untuk menambah ilmu dan pengetahuan saya.

    ReplyDelete