Apr 5, 2010

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009Sudah agak lama blog Cerita Melayu tidak berupdate, entry yang last ialah berkenaan tentang contest hidup berani untuk gagal. Maklumlah, kesuntukan masa tidak memberi ruang untuk aku update blog Cerita Melayu Boleh ini.

Ok, semalam baru sahaja berlangsung satu anugerah yang berprestij iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 edisi 23 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands. Tahniah untuk Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang telah diinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

Siti Nurhaliza Taruddin berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture dan pakej penginapan mewah RM18,000 tajaan Palace of The Goldn Horses.

Antara persembahan yang menarik sudah tentunya daripada persembahan pembukaan daripada Bunk-face dan Faizal Tahir menerusi lagu Revolusi serta diikuti kolaborasi One Nation Emcees dan Datuk M Daud Kilau yang mampu mencuri perhatian peminat menerusi aksi lincah dan tarian gelek ketika mereka mendendangkan lagu Raja Gelek itu, Cek Mek Molek.

Artis lain yang turut menampilkan persembahan hebat termasuk Jaclyn Victor, Black Mentor, Wings, Azlan & The Typewriter, Diana Danielle, Dafi, Akim, Hafiz, Marsha, Rabbani, Adam & Stacy, Alyah, Dayang Nurfaizah dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Manakala penyampai trofi, antaranya ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Ummi Nazeera, Shidee, Azlina Aziz, David Teo, Rosyam Nor, Fauziah Latiff, M Nasir, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Shaheizy Sam, Syamsul Yusof dan Datuk Chef Wan.

Berikut ialah Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009:

DISAMPAIKAN OLEH SCHA, AWAL ASHAARI DAN UMMI NAZEERA
  • Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

DISAMPAIKAN OLEH CHEF WAN DAN KAK YONG
  • Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

DISAMPAIKAN OLEH NORASHIMAH RAMLI, IKHWAN DAN ANNE
  • Artis Duo/Berkumpulan Popular : Bunkface

DISAMPAIKAN OLEH ALONG, YANA DAN SAHEIZY SAM
  • Artis Komedi Lelaki Popular : Nabil
  • Artis Komedi Wanita Popular : Noor Khiriah

DISAMPAIKAN OLEH SHAMSUL YUSOF, SALINA SAIBI DAN NORALBANIAH
  • Artis Baru Lelaki Popular : Black Mentor
  • Artis Baru Wanita Popular : Yuna

DISAMPAIKAN OLEH ROSYAM NOR, FAUZIAH LATIFF, WATIE ELITE
  • Artis TV Lelaki Popular : Remy Ishak
  • Artis TV Wanita Popular : Tiz Zaqyah

DISAMPAIKAN OLEH M.NASIR, NORA
  • Artis Nasyid Popular : Rabbani

DISAMPAIKAN OLEH SHIDDEE, ZAINURI, AZLINA AZIZ
  • Penyanyi Lelaki Popular : Aizat
  • Penyanyi Wanita Popular : Datuk Siti Nurhaliza

DISAMPAIKAN OGY, DAVID TEOH
  • Pelakon Filem Lelaki Popular : Que Haidar
  • Pelakon Filem Wanita Popular : Liyana Jasmay

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat :
  • Dato’ Khadijah Ibrahim
Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2009 :
  • Datuk Siti Nurhaliza

Maka, itulah Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, diharap semuanya berpuas hati dengan keputusan ini.. Akhirnya dapat juga aku update blog Cerita Melayu ini.. :)

2 comments:

  1. Jemputlah ke laman web kami di: http://www.mesracash2u.com/zurich73

    ReplyDelete
  2. x kn la bru tanam benih dh bleh dapat buah....
    maka layak lah dto siti meng abpbh kali ini...
    brbnding artis len y bru nk nek....
    kalo burung pon bru nk tumbuh bulu...
    jgn nk tunjuk hbat lah....
    pd artis bru yg nk tumbuh bulu.
    kalo stakat ade rpe skit tu...nk jd penyanyi n plakon gedik2,
    korng blik la....bace al quran ker... lg baek...stakat nk jd indie band 2,
    tak yh la...smpan jer bakat korng. kpd gitaris2 indie band d luar sana, jmpa la man keedal dulu bjar men gtar. petik gtar cm mak nyah jer...hhahaha....hapus kan indie.....baek laki pompuan same jer...
    korng harap cntik jer...maap la
    kalo aku men ckp lpas jer...yg pnting mmg aku x ske indie...kalo ske pon bdak puan yg dtg blom kring.....hahahahahaha....cube ko tnyer atok aku....die ckp indie band ni band katak jer....
    ahhaahahahahuhuhuhuhuh.....
    hahahaha

    ReplyDelete