Nov 16, 2009

Belajar Bahasa Inggeris

Tidak dinafikan bahawa belajar Bahasa Inggeris sangat penting pada masa kini. Sejak kecil lagi kita telah diajarkan cara belajar bahasa inggeris iaitu bermula dari sekolah rendah, subjek Bahasa Inggeris tidak terkecuali. Malah sejak kecil lagi kita telah pun didedahkan belajar Bahasa Inggeris melalui persembahan rancangan televisyen, siaran radio, lagu dan animasi kartun. Tapi adakah sehingga kini kita masih menguasai bahasa inggeris yang pernah kita pelajari dulu?

cara belajar bahasa inggerisWalaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita, tapi Bahasa Inggeris boleh dikatakan bahasa kedua terpenting di negara kita. Hal ini kerana penguasaan terhadap Bahasa Inggeris cukup penting untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, malahan dalam bidang perkerjaan serta kenaikan pangkat, calon yang menguasai Bahasa Inggeris sudah pasti akan diberi keutamaan. Malah penggunaan Bahasa Inggeris sangat meluas di serata dunia.

Tapi kini sudah ramai orang Melayu boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan cukup baik, ini satu perkara yang membanggakan kita semua sebagai orang Melayu. Akan tetapi, masih ada segelintir orang Melayu lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris walaupun sudah mempelajarinya. Jadi, di manakah silapnya? Jom layan sedikit cerita di bawah;

Di suatu tengah hari dalam sebuah bas...

Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National Monumen?”
Pelajar nakal 1: “Wei National Monumen tu benda apa?”
Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”
Pelajar nakal 1: "Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok. Don’t belok-belok! Straighttt jer... Ok?”
Pelancong: (Bingung)
Pelajar contoh: "Miss, I can help you, if you wanna go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the sign board".
Pelancong: “Thank you very much.”
Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar. National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat kerja.”


Mungkin anda pernah tengok iklan ini di kaca TV. Ya, iklan ini menggambarkan betapa sebahagian besar orang Melayu masih lemah dalam Bahasa Inggeris. Bercakap juga merupakan salah satu cara belajar Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan anda? Apakah situasi anda sama dengan pelajar nakal di atas? Maksud saya anda masih lagi tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti.

Rentetan daripada ini juga anda sukar untuk memperoleh pekerjaan setelah menamatkan pengajian kerana masalah komunikasi Bahasa Inggeris. Jika jawapan anda ‘Ya’ tidak mengapa. Jangan berdukacita dan gundah gulana. Sahabat saya saudara Hafiz Lidin kini baru sahaja melancarkan ebook beliau yang bertajuk Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris. Saya beritahu anda, ebook ini lain daripada yang lain. Ia mendedahkan kepada anda strategi yang anda perlu ada untuk menguasai bahasa inggeris.

Di samping itu, teknik untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar juga diterangkan dengan panjang lebar dalam ebook ini. Jadi inilah peluang terbaik yang tidak patut anda lepaskan untuk belajar Bahasa Inggeris dengan mudah, cepat dan berkesan. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca seterusnya...

8 comments:

  1. adakah cara yang paling simple, mudah dan cepat untuk mempelajari bahasa inggeris dengan lebih baik dari segi penulisan dan percakapan?. sila jawab soalan ini di email saya iaitu, GODLIKE91TUE@yahoo.com.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. ada.. boleh klik link yang disediakan di dalam posting ini.. :)

    ReplyDelete
  3. selain dalam pembelajaran,,ada tak cara yg lin tuk menguasai bahasa inggeris

    ReplyDelete
  4. boleh tak ajar saya bercakap bahasa inggeris saya mohon.

    ReplyDelete
  5. Ebook ini telah saya miliki. Amat Baik sekali...tapi terdapat ebook yang terkini di pasaran, mahirbahasainggeris.com , Adakah sesiapa yang telah memilikinye...?Adakah ia sebagus ebook bahasa inggeris yang lain?

    ReplyDelete
  6. Bahasa Inggeris memang patut dikuasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Bahasa ini masih berfusi sebagai bahasa ilmu dan banyak kajian yang bekualiti tinggi dicatatkan dalam bahasa ini.

    http://www.mesracash2u.com/zurich73

    ReplyDelete
  7. saya betul2 x pandai nk bercakap dlm bahasa inggeris. saya rasa malu bila ada org2 yg bercakap dgn saya dlm bahasa inggeris tp saya tak tahu nak kata apa. cuma saya faham apa yg mereka cakap. tambahan saya bekerja di pejabat jadi saya rasa takut bila tiba2 ada org yg dtg dan bertanya dgn saya dlm bhasa tersebut.

    ReplyDelete
  8. Susah nak dapat kerja? Alangkah baik kalau dapat cakap bahasa inggeris dengan fasih! Hubungi Nur di 0127773418 segera! ADULTS ENGLISH CLASS AVAILABLE

    ReplyDelete