Jun 11, 2009

Panduan Melayu Boleh Mulakan Penanaman Cendawan

Sememangnya melayu boleh melakukan apa sahaja untuk berjaya dalam hidup. Daripada anak melayu membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, lebih baik masanya di penuhi dengan perkara yang membolehkannya berjaya. Kini muncul tips, panduan dan cara untuk orang melayu boleh menjadi Usahawan Cendawan. Malah, panduan ini sangat mudah untuk diikuti serta boleh memulakan projek perniagaan cendawan hanya dari rumah.

Penanaman benih cendawan merupakan penanam yang mudah dipelajari dan merupakan perniagaan sampingan yang mudah dilakukan dengan keuntungan yang menakjubkan. Selain itu, penanaman cendawan juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menjadi usahawan cendawan, malah boleh memulakan perniagaan dengan kos serendah RM200, malah cendawan tiram umpamanya mendapat permintaan tinggi di pasaran, dan apa yang penting, ianya mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mengusahakan penanaman cendawan juga tidak berisiko tinggi kerana ia mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti serangga perosak serta cendawan akan tumbuh dengan segar setiap hari.

Anak Melayu Boleh di Berita Harian Tanam CendawanKini rahsia bagaimana anda boleh menjadi usahawan cendawan yang successful hanya dari rumah telahpun terbongkar. Penanaman cendawan hanyalah memerlukan ruang yang kecil sahaja, malah dibelakang rumah pun boleh di tanam cendawan dan ruang kecil inilah merupakan ruang yang cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM1000 ke atas sebulan. Sungguh menakjubkan, hanya dengan cendawan, anda boleh mencapai pendapatan sebanyak itu, betul ke? Mungkin kamu juga sudah biasa membeli sepeket cendawan tiram di pasaraya Giant atau Jusco dengan harga RM4.00 ke RM5.00, malah saya juga macam tu. Dalam satu paket cendawan tiram itu, cuma terdapat lebih kurang 10 ke 15 helai cendawan sahaja, beratnya juga cuma dalam lingkungan 400g sahaja. Jika kamu boleh membina sendiri tanaman cendawan, bayangkan berapa keuntungan kamu dengan permintaan yang tinggi terhadap cendawan, mungkin dalam sebulan kamu dapat menjana RM2000 jika ada 50 bongkah. Malah tanpa pergi kursus cendawan pun, kamu masih boleh memulakan perniagaan dengan adanya panduan ini.

Untuk pengetahuan anda juga, harga sekilogram bagi cendawan tiram ialah RM10, manakala harga bagi sebongkah, iaitu tempat cendawan tiram ditanam pula ialah dalam purata RM1.40 sehari. Bagaimana jika anda memiliki 100 bongkah, maka dengan senangnya pendapatan anda sehari ialah RM140. Oleh kerana permintaan terhadap cendawan tiram cukup tinggi di pasaran, maka harga sekilogram bagi cendawan tiram boleh mencecah RM15. Maka, dengan mudah untuk anda menjual kerana permintaannya tinggi serta dalam panduan ini juga akan dinyatakan tempat di mana anda boleh menjualnya. Jadi, tidak mahukah anda untuk mempelajari bagaimana mengusahakannya sendiri hanya dari rumah?

Jika anda seorang PENGANGGUR, mengapa harus berdiam diri dan membuang masa dirumah? Alangkah baiknya jika melakukan sesuatu perniagaan? Kerajaan sendiri menggalakkan semua orang menceburi bidang keusahawanan pertanian. Jadi, inilah masa terbaik untuk anak melayu membina kerjaya dengan pertanian. Kamu merupakan bos kerana kamu sendiri yang mengatur masa kamu tanpa diarah oleh sesiapa untuk melakukan kerja. Jadi, jika kamu berminat dan bersedia untuk menjadi usahawan cendawan, boleh klik banner dibawah ini. Semoga anda berpuas hati.. :)

Panduan untuk melayu boleh tanam cendawan

1 comment:

  1. Salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan untuk menambah pendapatan. Jangan lupa lawati juga laman web kami untuk melihat peluang lain untuk menambah pendapatan.

    http://www.mesracash2u.com/zurich73

    ReplyDelete