Jun 13, 2009

Kem Melayu Boleh Lahir Pakar IT

Melayu boleh blog sangat tertarik dengan kem untuk melahirkan pakar it, sebelum ini blog melayu boleh telahpun membuat posting berkenaan orang melayu tak minat it. Tapi agak mustahil rasanya jika orang melayu tak minat it. Adakah anda termasuk dalam golongan orang yang tak minat it? "DUNIA komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) bukan sesuatu yang asing kerana sebelum ini saya menerima pendedahan mengenai bidang itu sejak kecil. Bidang ini amat menyeronokkan dan mencabar,” kata Mirrah Nisa Azhar. Remaja melayu berusia 14 tahun dari Serendah, Selangor itu antara pelajar melayu yang terpilih mengikuti program Kem Maxis Cyberkids di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bagi anak sulung daripada lima beradik melayu boleh ini, dunia teknologi maklumat (IT) memang tidak asing kerana selain ayahnya, juga seorang melayu boleh dikenali sebagai Azhaar Paat, perunding komputer, bapa saudaranya, Azli, juga terbabit dalam bidang sama.“Saya memang bercita-cita menjadi seorang saintis, tetapi amat meminati dunia IT. Ayah memupuk saya dan adik yang lain meminati bidang ini kerana ia bukan saja amat seronok, tetapi boleh berguna dalam kehidupan. Biarpun terpaksa berjauhan daripada keluarga, saya seronok kerana boleh dapat ramai rakan apatah lagi boleh bergaul dengan mereka yang meminati bidang sama,” katanya.

Melayu Boleh Muhammad Aiman Fahmi Muhammade Rapitar baru berusia 14 tahun telah membuat persiapan sebaik saja guru di sekolahnya memberitahu akan memilih enam pelajar ke kem itu.Anak bongsu daripada lima beradik melayu ini gemar melayari Internet dan mengenali dunia IT sejak berumur 10 tahun lagi. Katanya, biarpun berasal daripada keluarga sederhana, ibu bapanya tetap berusaha supaya boleh menyediakan kemudahan komputer di rumah. “Pendedahan sejak awal itu menyebabkan kami meminati IT dan ia boleh membantu dalam pelajaran,” katanya. Program kemasyarakatan anjuran Maxis itu diadakan lima hari empat malam dan disertai 336 pelajar daripada 42 sekolah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis iaitu Sandip Das berkata penganjuran kem berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen pihaknya membantu kerajaan untuk memupuk minat pelajar sekolah terhadap dunia ICT. Hadir di kem itu ialah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. Melayu Boleh blog berharap akan ada lebih ramai anak melayu boleh berjaya dalam bidang it ini, malah menanam minat untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut.

No comments:

Post a Comment