Jun 30, 2009

Cerita Sensasi Artis Melayu Diana dan Syamsul

Sensasi Artis Melayu Boleh Diana SyamsulKali ini menceritakan cerita sensasi anak melayu yang bergelar artis iaitu Diana dan Syamsul. Baru-baru ini Diana Danielle dikatakan terkejut apabila dia di minta untuk bergambar dengan Syamsul Datuk Yusof, maklumlah pertemuan pertama kalinya itu ialah di majlis Parti Selebriti Kosmo - One Drop Perfumes 2009 jumaat lalu selepas Diana menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Diana yang pada mulanya mengelak ketika di minta untuk bergambar dengan Syamsul akhirnya akur dengan pujukan team Kosmo atas dasar Profesional. Diana berkata, dia bukannya tidak mahu bergambar dengan Syamsul, tetapi terkejut pada mulanya apabila diminta berbuat demikian memandangkan mereka baru pertama kali berjumpa sejak Diana tamat PKLN. Menurut cerita Diana lagi, dia cukup risau akan soalan yang diajukan oleh pihak media terutamanya berkaitan hubungan lepasnya bersama Syamsul. Dia bimbang kenyataannya itu boleh mengguris hati mana-mana pihak.

Gadis Melayu berumur 18 tahun itu turut terdiam seketika apabila ditanya bagaimana penerimaannya jika diminta untuk bergandingan dengan Syamsul dalam filem mahupun drama. Namun, Diana berkata dia tidak mampu untuk menjawab soalan itu tetapi hanya boleh katakan bergantung pada keadaan. Dia tidak mahu apa yang pernah terjadi cuba dimanipulasikan oleh pihak lain.

Berkenaan cerita sensasi Syamsul pula, dia tetap seperti biasa dan tidak ada apa yang berubah meskipun tiada lagi istilah cinta antaranya dan Diana, malah ketika beliau diminta untuk bergambar, dengan mudahnya dia memberikan kerjasama serta menganggap dia harus bersikap sebagai orang Melayu profesional. Malah, dia tidak mahu bersikap "bodoh" semata-mata kerana apa yang pernah terjadi antara mereka suatu ketika dulu.

Namun menurut Melayu Boleh Syamsul, beliau kini lebih fokus kepada kerjaya meskipun pernah menyatakan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 27 tahun. Malah, jika boleh beliau mahu bercinta serta menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang bukan bergelar artis. Agaknya pengalaman lalu membuatkan beliau serik untuk bercinta dengan golongan artis, mungkinkah?? Siapakah gadis melayu yang bertuah itu? :)

Cerita sensasi apabila beliau bakal menjadi penyanyi, pandai ke dia ni menyanyi? Belum pernah dengar pun. Tapi kita tunggu dan lihat sajalah beliau akan muncul dengan lagu single pertama berjudul Bidadari.

Inilah serba sedikit cerita sensasi artis melayu di Malaysia. Malah, beliau-beliau ini membuktikan bahawa orang melayu boleh berjaya dalam bidang lakonan serta nyanyian. Anyway, good luck untuk artis-artis ini.

2 comments:

  1. Rajin kau post ek?
    hehe..aku dah lame dah tinggalkan blog melayu boleh..tak profitable..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe..tak de la rajin mana..
    just nak betulkan maksud jer..hehe

    ReplyDelete