Jun 22, 2009

Asyraaf Buktikan Kehebatan Anak Melayu Bermain Golf

PEMAIN muda Malaysia yang merupakan anak orang melayu boleh iaitu Mohd Asyraaf Rosli membanggakan Malaysia apabila berjaya merangkul kejuaraan kelas C untuk umur 11-12 tahun di Kejohanan Golf Remaja Dunia 2009 di lapangan Bumi Serpong Damai, Jakarta pada 2 hingga 4 Jun lalu.

anak orang melayu boleh main golfDia berjaya melakukan catatan keseluruhan 231 sepanjang tiga hari pertandingan itu berlangsung. Asyraaf memulakan langkah pertama dengan melakukan 78, diikuti 74 dan 79 pada dua hari berikutnya untuk mengatasi pencabar terdekat iaitu Hsiang Yu-Chuan dari Taiwan dan pemain Thailand dikenali sebagai Piyachad Yu-Sabai yang masing-masing mengumpul 233 pukulan.

Pada hari pertama, beliau agak terkejut apabila mengetahui bahawa sedang menamatkan saingan sebagai pendahulu. Keadaan itu juga memberikannya keyakinan untuk bermain lebih baik pada hari kedua nanti. Cuma pada hari ketiga, tekanan sebagai pendahulu mula terasa menyebabkan permainannya di sembilan lubang pertama terganggu kerana kurang fokus. Mujurlah beliau dapat mengawal perasaan pada sembilan lubang terakhir dan melakukan beberapa pukulan yang baik untuk menamatkan pertandingan sebagai juara.

Ini merupakan kali kedua dia menyertai kejohanan itu selepas menduduki tangga keenam dalam kelas yang sama pada tahun lalu. Malah, apa yang menarik penyertaannya dalam kelas itu hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum dia berusia 13 tahun pada 13 Jun lalu. Ini juga merupakan kejayaan pertama beliau di peringkat antarabangsa dan ia menyemarakkan semangat dia untuk merangkul lebih banyak kemenangan pada kejohanan lain selepas ini.

Mengimbau pembabitannya dalam golf, Asyraaf berkata, dia diperkenalkan dengan sukan itu ketika berusia empat tahun. Malah, suami penjaganya bekerja di unit penyelenggaraan sebuah kelab golf. Satu hari, suami penjaganya membawa pulang sebatang kayu golf dan sebiji bola. Ekoran itu, dia cuba bermain dengannya setiap hari dan minatnya semakin bertambah apabila mengikuti bapa ke ‘driving range'.

Menceritakan lebih lanjut mengenai minat Asyraaf terhadap golf, bapanya, Rosli Md Dewa berkata, anaknya turut gemar menonton kejohanan golf yang ditayangkan di televisyen sebelum membabitkan diri dalam arena sukan itu.

“Kalau dia sedang menonton rancangan golf, jangan harap boleh tukar ke saluran lain terutamanya jika Tiger Woods yang bermain. Saya gembira dengan perkembangannya dan berharap dia akan mencapai sasaran bergelar pemain profesional pada usia 17 tahun. Asyraaf juga rajin berlatih dan boleh dikatakan setiap hari aktivitinya ada kaitan dengan golf.

“Ketika ini dia menyertai projek golf Majlis Sukan Negeri Selangor dan menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam. Di sana dia boleh menjalani latihan lima hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat selepas waktu persekolahan. Pada Sabtu dan Ahad, dia boleh berada di rumah kami di Bangi dan ketika itu kami biasanya ke Kelab Bukit Unggul untuk menjalani latihan,” katanya. Semoga anak-anak melayu sentiasa maju ke depan dan mencipta kejayaan gemilang untuk bangsa Melayu dan Malaysia.

3 comments:

  1. azuan..how are you? miss you soo much

    ReplyDelete
  2. perggh mesti kayap die skrg .hadiah golf kan duit yg byk giler

    ReplyDelete
  3. @andin: hi..i'm fine..oh..sure..me too.

    @acadteror: haha..tau x pe..kecik2 lg dah cipta nama..mesti masyuk punya..

    ReplyDelete