Sep 6, 2009

Melayu Boleh Buat Duit Dengan Blog

Pernahkah anda terfikir untuk buat duit dengan blog? Malah, percayakah anda bahawa masih ada orang melayu boleh buat duit dengan blog. Saban hari, blog yang muncul di dunia maya bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, tapi kebanyakkannya menjadikan blog sebagai hobi ataupun "suka-suka", jadi apa kata kita tukarkan daripada hobi tersebut untuk buat duit dengan blog anda.. :) Hari ini saya ingin kongsikan cerita kepada semua, terutamanya peminat-peminat atau penggemar-penggemar kata kunci Melayu Boleh yang selalu bertandang di blog ini. :)

Tahukah anda bahawa ada seorang anak melayu ni yang boleh buat duit dengan blog. Malah, blog tersebut baru sahaja berusia tak sampai seminggu, nak tepat lagi, ianya baru sahaja berusia 2 hari, PR blog tersebut juga masih kosong. Ianya amat menakjubkan bagi saya, bagi anda pula saya tak tau lah macam mana. Sungguh menakjubkan, tak tercapai akalku..:) Jika percaya, teruskan pembacaan anda, jika tak percaya, boleh sahaja close blog ini..hehe.. Apa yang saya nak sampaikan ialah satu cerita melayu boleh serta perkongsian yang sentiasa menjadi tanda tanya kepada penggemar buat duit dengan blog yang masih ragu-ragu. Cuba lihat sceen shot dibawah, iaitu pendapatan anak melayu boleh dengan domain yang disetup baru 2 hari.

Melayu Boleh Buat DuitJadi apa kata kita berkenalan dulu dengan anak melayu boleh ni. Beliau ialah Wanmus, gelaran ini cukup terkenal di alam maya serta forum wangcyber.com/forum. Namanya ialah wan mohd musyris. Anak melayu kelahiran Besut, Terengganu merupakan seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan. Sehingga kini, walaupun beliau bergelar Siswazah Kejuruteraan Mekanikal (dan dah hantar borang untuk daftar BEM untuk Jurutera Siswazah), hati beliau tetap dengan perniagaan internet yang mula beliau ceburi sejak 2005-2006 lagi.

Buat Duit Dengan BlogHasil dari fokus beliau dan teknik agresifnya serta tunjuk ajar dari sifu rohaizad, beliau berjaya buat duit dengan blog yang baru berusia hanya 2 hari. Malah, beliau sendiri tidak percaya akan hasilnya itu, saya lagilah susah nak percaya. Tapi apa boleh buat, bukti pendapatan memang dah ada, kalau beliau nak tipu pun, sia-sia sahajalah beliau mencipta nama dalam dunia IM ini, beliau telah buktikan yang melayu boleh buat duit hanya dengan blog. Wanmus juga adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu. Dengan syarikat ini, beliau telah membangunkan beberapa perniagaan internet iaitu Wanmus.com ini, jomhosting.net, asasministe.com dan myekamus.com.

Akhir kata, setiap yang kita hasilkan mestilah melalui satu ilmu yang diajarkan, termasuk juga Wanmus yang boleh buat duit dengan blog ini, beliau telah buktikan bahawa tidaklah susah untuk buat duit dengan blog jika tahu caranya serta tidak mudah putus asa dan apa yang penting ialah Fokus. Tapi inilah hakikat yang harus kita semua percaya bahawa orang melayu boleh buat duit dengan blog dan setanding dengan orang-orang barat sana yang sudah lama bertapak dalam bidang ini. Apa yang anda perlukan untuk mencapai impian anda ialah ilmu, maka laburlah sedikit duit untuk ilmu yang berguna di masa depan. :) Kepada pembaca yang meneruskan pembacaan, Tahniah saya ucapkan. Anda seorang yang rajin..hehe

1 comment:

  1. Memang betul dengan blog pun boleh jana wang yang lumayan. Tinggal lagi kaedah yang digunakan untuk menarik banyak wang ke poket kita.

    Lawati juga laman web kami untuk melihat lebih peluang menjana wang lumayan.

    http://www.mesracash2u.com/zurich73

    ReplyDelete