May 18, 2009

Mat Kilau Pahlawan Melayu

Mat Kilau, Mat Siam, Melayu BolehBest Melayu Boleh Blog akan menceritakan tentang pahlawan melayu yang berkebolahan di mana beliau telah berjuang untuk negara demi mencapai Kemerdekaan, iaitu Mat Kilau. Nama penuh Melayu Boleh ini ialah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau pula adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mengikut sejarah, Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Malah, anak melayu boleh juga pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta pernah belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Disamping itu, beliau juga mempunyai hobi seperti bermain gasing serta berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampungnya.

Apabila usia mencecah 20 tahun, melayu boleh Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis berasal dari Kampung Kedondong, iaitu Yang Chik binti Imam Daud. Hasil perkahwinan tersebut, Mat Kilau dikurniakan tiga orang cahaya mata. Melayu boleh mula belajar silat serta menuntut ilmu kebatinan selepas beliau berkahwin, malah lebih mendalami ilmu silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Disamping itu juga, beliau pernah belajar ilmu daripada ayahnya sendiri, iaitu Tok Gajah. Manakala ilmu kebatinan secara agama banyak diajar oleh Haji Botok yang dikenali juga sebagai Al-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari kelantan sebagai mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau merupakan pahlawan terbilang Melayu dimana dia tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, malah turut sama berjuang bagi menebus bangsa melayu serta agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan. Anak melayu kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut merupakan seorang yang berjiwa kental dalam berjuang untuk bangsa mahupun negara. Sekitar 1890-an, tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik telah diambil alih oleh British sehingga perkara tersebut telah mencetuskan pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British itu. Kesan daripada pemberontakan tersebut, maka bermulalah siri pemberontakan dikalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu oleh British kerana menentang penjajah.

Perjuangan beliau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Melayu boleh juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Penulis mempercayai bahawa terdapat tiga laluan yang sering digunakan oleh melayu boleh untuk ke Terengganu serta Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk Melayu di kedua-dua negeri itu. Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Berita tergempar dari akhbar The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang melayu boleh, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Melayu Boleh dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah melayu boleh ini mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Melayu Boleh juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati melayu boleh ini yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan orang ramai, Melayu Boleh bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu boleh itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, anak melayu boleh ini membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat akan hal tersebut. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970 dan beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, melayu boleh ini meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya yang lebih lanjut. Melayu Boleh blog sangat menghargai semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh beliau.

8 comments: