May 14, 2009

Boleh Jika Fikirkan Boleh

Fikirkan Boleh, itulah tajuk lagu yang di nyanyikan oleh Kumpulan Metropolitan. Lagu ini pada pandangan penulis ianya boleh menyuntik semangat patriotik kepada pendengarnya tanpa mengira lapisan umur, malah penulis sendiri pun boleh merasakan bahawa semangat yang berkobar-kobar cukup terasa dalam diri apabila mendengar lagu ini, apatah lagi jika diikuti rentak alunan muziknya.. mesti syok sendiri punya.. hehe

Lagu ini sangat sesuai untuk menaikkan semangat juang yang tinggi untuk atlit-atlit Malaysia dan juga anak melayu boleh dalam bidang sukan yang berjuang untuk negara. Malah, lagu ini kerap dimainkan di television ketika hafiz hashim menjuarai kejohanan badminton All England pada tahun 2003 dan juga ketika atlit-atlit lain yang boleh berjaya dalam mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Sehingga kini, lagu ini menjadi kebanggaan dan memberi semangat serta keyakinan yang tinggi kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia. So, sentiasa la dengar lagu ini untuk menaikkan semangat juang anda.. :) Di bawah adalah lirik lagu fikirkan boleh, anda boleh menghafalnya.. :)

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

7 comments:

  1. teringat...lagu inilah yang dimainkan masa Piala Thomas 1992 Malaysia kalahkan Indonesia 3-2

    huhu..masa tu tgok kat tv besar kat Dataran Merdeka.

    ReplyDelete
  2. wah...bleh buat tempat test suara gak ni kat melayu boleh ni..hehhehe

    ReplyDelete
  3. Kujie: wah.. mesti best tgk kat tv besar...

    Kristal: emm, blh ke mcm tu?

    ReplyDelete
  4. Penulis lirik lagu 'Fikirkan Boleh' ialah Allahyarham Megat Ismail Bin Megat Ibrahim (1951-1992). Al- Fatihah.

    ReplyDelete
  5. Lagu "Fikirkan Boleh" memang sangat baik dijadikan lagu motivasi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan.

    Lawati juga laman web kami untuk melihat peluang kejayaan anda.

    http://www.mesracash2u.com/zurich73

    ReplyDelete