Apr 26, 2009

Tuah Melayu Boleh a.k.a Azizulhasni

Melayu Boleh, Azizul HasniTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang berlaku dengan jaguh lumba basikal negara kita, iaitu Azizulhasni Awang. Beliau merupakan anak melayu boleh kelahiran Dungun, Terengganu telah berjaya mencipta nama pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Pruszkow, Poland baru-baru ini.

Daripada seorang budak melayu kampung yang serba sederhana, sukan lumba basikal telah mengubah reputasi Azizulhasni. Beliau yang lebih dikenali dengan pocket rocket man ini adalah disebabkan kerana tubuh badannya yang kecil serta kelihatan seperti Rocket apabila memecut basikal di trek.

Kini, insentif demi insentif diterima oleh beliau, antaranya menerima wang tunai berjumlah RM20,000 serta mendapat sebidang tanah untuk dijadikan tapak rumah. Beliau juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Terengganu atas kebolehan dan kejayaannya mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Diharap dengan insentif yang diterima olehnya ini dapat membakar lagi semangatnya untuk berjuang demi negara serta boleh mendorong dan menyuntik semangat atlet-atlet Terengganu yang lain untuk berjaya dalam sukan kerana bak kata Menteri Besar Terengganu, insentif menanti untuk atlet Terengganu yang berjaya mendapat Emas untuk Sukan Olimpik.

Majulah Sukan Untuk Negara.

5 comments:

  1. Tuah dia dah nampak...tuah kita bila lagi...so fikir-fikirkan...

    ReplyDelete
  2. aku pun tumpang bangga dgn azizulhasni ni walaupun bertubuh kecil tp dpt mengalahkan pesaingnya yg bertubuh berganda-ganda dari dia.yg penting keazaman utk berjaya mesti ada..

    ReplyDelete
  3. Iyer.. betul tu.. melayu kan boleh juga untuk berjaya..

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk beliau. Malaysia memang dah lahirkan macam2 atlit yg berwibawa.

    ReplyDelete