Apr 16, 2009

Proton Exora (MPV) buktikan Melayu Boleh

Melayu Boleh, Malaysia Boleh, Proton Exora, MPVTerbukti Melayu Boleh dan Malaysia Boleh apabila dengan rasminya Proton Exora keluaran Proton iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama Proton telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Melayu Boleh kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15/04/2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) serta dilancarkan serentak di Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru..

Pelancarannya yang ditunggu-tunggu ni telah mendapat sambutan hangat dari semua pihak, ini tidak dinafikan kerana Proton Exora telah menerima lebih 2,000 tempahan apabila tempahannya dibuka pada 21 februari lalu. Exora merupakan proton MPV yang 100 peratus dibangunkan oleh Anak Malaysia daripada penyelidikan, pembangunan, reka bentuk dan sehingga ke peringkat pemasangan, sekaligus ianya membuktikan bahawa Anak Malaysia sememangnya boleh serta Melayu Boleh dalam pelbagai bidang!

Melayu Boleh, Malaysia Boleh, Proton Exora, MPVExora ditawarkan dalam enam warna pilihan dan dua varian iaitu Exora Hi-Line 1.6 Automatic Metallic yang dijual pada harga RM75,998 serta Exora M-Line 1.6 Automatic, Metallic yang dijual pada harga RM69,998 yang mana Proton MPV Exora ini menggunakan enjin 1.6 Campro CPS dengan 125 kuasa kuda. Exora yang berkapasiti tujuh tempat duduk termasuk pemandu diberi pilihan kepada peminat kenderaan seisi keluarga ini untuk membeli samaada unit transmisi automatik empat kelajuan atau manual lima kelajuan.

Kejayaan Proton ini membuktikan yang Melayu Boleh dengan pegangan semangat Malaysia Boleh membanggakan kita sebagai Anak Malaysia kerana bukan saja mampu membangunkan produk tempatan dalam tempoh 18 bulan malah jumlah jurutera yang terlibat hanya 250 orang berbanding ketika membangunkan Proton Waja yang melibatkan 1,000 jurutera di samping bantuan pembekal kejuruteraan daripada syarikat kereta di Eropah dan Jepun.

Apa pendapatan anda tentang Proton Exora? Adakah menepati ciri-ciri yang boleh memikat hati anda? Jangan malu-malu nak komen.. :)

9 comments:

  1. hehe...caya la bro...satu langkah kehadapan. Aku baru ada satu post je...:-)

    ReplyDelete
  2. hehe.. masa byk lagi bro..
    buat yg terbaik.. hilangkan site2 kurang enak tu di page depan google.. :)

    ReplyDelete
  3. apa kata kita saling komen-mengomen diantara peserta seo ini

    ReplyDelete
  4. ehm..ingat nak beli. tapi takde uit lagi..

    ReplyDelete
  5. Dalam tv dah ada org ckp murah..hehe

    ReplyDelete
  6. watchtransformersanimated.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. aku dah banyak baca kat blogers dan kesimpulanya......bahagian engine, kurang pick up..jadi aku nak beli yg manual aje..ok cikit.

    ReplyDelete