Apr 15, 2009

Melayu Boleh untuk Cabaran SEO 2009

Melayu Boleh ialah katakunci bagi Cabaran SEO 2009, pengelolanya ialah bro inspiration dan dianjurkan oleh forum JomBincang. Blog Melayu Boleh dibina untuk menyahut cabaran seo dan setakat ini hampir 30 orang telah menyertainya.

Tujuan dan objektif utama pertandingan ini diadakan ialah untuk membuang site-site terkini yang berada di page depan google.com. Site-site sedia ada tersebut lebih sinonim dengan kelakuan tidak senonoh di kalangan remaja kita untuk kata kunci Melayu Boleh. Jika anda search di google.com serta di search engine lain dengan kata kunci Melayu Boleh, anda akan dapati site-site di page depan search engine tersebut lebih berunsur lucah. Fenomena ini melambangkan imej tidak baik kepada kita sebagai orang melayu.

Melayu Boleh, www.melayubolehzone.co.ccJadi, apa tindakan kita untuk membersihkan imej baik orang melayu? Maka, dengan inilah pertandingan diadakan supaya para peserta dapat menjelaskan dengan memberi informasi lebih tepat, berguna, dan menepati maksud Melayu Boleh sebenarnya seperti kisah-kisah kejayaan anak melayu di mata dunia. Penulis berharap matlamat ini akan tercapai supaya generasi akan datang tidak dipengaruhi dengan imej tidak baik bagi kata kunci Melayu Boleh, sebaliknya memahami apa itu maksud Melayu Boleh dimana ianya lebih menjurus kepada kebangkitan sebenar orang Melayu yang berjaya, malah menjadi kebanggaan kita sebagai orang melayu.

Kepada pelawat-pelawat blog ini, saya amat berharap supaya anda boleh sama-sama mendukung bagi merealisasikan objektif cabaran ini dengan cara meletakkan link blog melayu boleh di blogroll anda supaya kata kunci Melayu Boleh tidak membawa imej buruk kepada kita sebagai orang melayu. Anda terus boleh copy sahaja kod html dibawah dan pastekan ke blogroll anda.

Kerjasama anda amatlah saya hargai. Moga-moga impian kita untuk melihat Melayu Boleh dengan imej lebih baik serta kejayaan-kejayaan yang membanggakan kita serta rakyat malaysia tercapai dengan bantuan modal insan dari anda semua.

11 comments:

  1. Hi.. selamat datang ke web melayu boleh.

    ReplyDelete
  2. haha.. semoga berjaya :D

    macam menarik juga.. K nak try la

    ReplyDelete
  3. Hi TMUkmkd.. thanks..
    blh jer try.. jom la.. :)

    ReplyDelete
  4. act, kalau google mudah sikit, sebab kita boleh turunkan mana site yang tak baik di page depan tu, ke belkang dengan thumb down kan diorang :)
    kalau ramai2 buat nanti tak de la

    ReplyDelete
  5. Bagus gak ni.. Ye la.. Kalau searching melayu boleh byk negatif dipaparkan

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya Bro.. dan harapan aku agar ayat melayu boleh ni menggambar yang baik sahaja tidak seperti sebelum ni

    ReplyDelete
  7. To zool: a'ah, memang perkara negatif la yg akan jumpa..

    To hady: Thanks bro.. mudah mudahan tercapai objektif.. meh la tolong skali.. :)

    ReplyDelete
  8. wah, sangat berguna nih, salam kenal

    ReplyDelete
  9. Hi nyubi..
    Salam kenal juga..
    dr seberang yer..

    ReplyDelete