Apr 18, 2009

Melayu Boleh dalam Bidang Sukan - Hafiz Hashim

Melayu Boleh, Hafiz HashimBest Melayu Boleh Blog ingin memperkenalkan kepada anda semua iaitu contoh Melayu Boleh kita yang berjaya dalam bidang sukan badminton iaitu Muhammad Hafiz Hashim. Anak Melayu Boleh ini dilahirkan pada September 13, 1982 di Kota Bharu, Kelantan kini merupakan pemain profesional dan pemain kebangsaan malaysia.

Melayu Boleh ini telah banyak memenangi perlawanan dalam arena sukan badminton. Bermula tahun 1997, melayu boleh ini telah menjuarai acara sukan badminton perseorangan dan bergu lelaki bawah 15 tahun MSSM. Bermula dari situ, prestasinya semakin cemerlang apabila beliau sentiasa memenangi perlawanan untuk setiap tahun bermula, 1997, 1998, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, dan 2009.

Pada tahun 1998, kejayaan yang paling cemerlang untuk Melayu Boleh ini ialah Juara perseorangan dan bergu lelaki bawah 18 tahun Melayu Malaysia. Melayu boleh turut melakar kejayaan cemerlang pada tahun 1999 apabila menjuarai Juara bergu lelaki junior Kebangsaan (GP akhir). Manakala tahun 2001, Melayu Boleh menjuarai perseorangan Satelit antarabangsa Malaysia.

Melayu Boleh juga telah menjuarai acara perseorangan lelaki sukan komanwel pada tahun 2002, manakala pada tahun 2003 pula beliau melakar kejayaan yang paling membanggakan rakyat malaysia apabila menjuarai kejohanan berprestij iaitu Juara perseorangan All England. Dan pencapaian terbaru Melayu Boleh ini ialah Naib Juara perseorangan lelaki GP Emas terbuka India.

Inilah sedikit sebanyak tentang kejayaan Orang Melayu kita dalam arena sukan badminton. Semoga hafiz Hashim terus maju dalam arena sukan badminton. Majulah Sukan Untuk Negara.. :)

5 comments:

  1. Semoga terus maju dan banggakan anak melayu..

    ReplyDelete
  2. owh.. dia tidak perlu berbogel (secara terbuka) mahu mengambil video 3gp sendiri untuk berjaya. :D

    ReplyDelete
  3. hehe..
    yang nak bogel2 tu mmg x tau malu la.. :p

    ReplyDelete
  4. semoga melayu terus maju dipersada antara bangsa..

    ReplyDelete