Jan 11, 2010

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24

Aizat, Juara Anugerah Juara Lagu Ke-24Tahniah untuk Aizat yang dinobatkan sebagai Juara di Anugerah Juara Lagu Ke-24 kali ini. Aizat yang membawakan dua buah lagu untuk di pertandingkan di Malam Final Anugerah Juara Lagu Ke-24 ternyata memberikan persembahan yang mantap dan nyanyian yang bagus. Malah, kedua-dua lagu yang disampaikannya berjaya mendapat tempat untuk dinobatkan sebagai pemenang. Tidak lupa juga buat Finalis yang lain dimana masing-masing memberikan persembahan yang menggagumkan.

Ternyata Anugerah Juara Lagu ke-24 kali ini antara Anugerah yang terbaik pernah diadakan. Jadi, Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-24 adalah seperti berikut;

  • Juara AJL 24 - Aizat (Pergi) - (Komposer/Penulis lirik: Pete Teo) - Hadiah RM35000
  • Naib Juara AJL24 - Yunalis Zarai (Dan Sebenarnya) - (Komposer/Penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil) - Hadiah RM 15000
  • Tempat Ketiga AJL 24 - Faizal Tahir (Bencinta) - (Komposer : Audi Mok, Penulis lirik : Faizal Tahir) - Hadiah RM 12000
  • Vokal Terbaik AJL24 - Black (Aku Rindu Sayang Kamu) - (Komposer/Penulis lirik: Yuzai) - Hadiah RM 10000
  • Persembahan Terbaik AJL24 - Aizad (Kau Aku) - Hadiah RM 10000

Di harap dengan keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-24 kali ini tidak mendatangkan sebarang kontroversi dan ketidakpuashatian dari sesetengah pihak. Walau apapun, Tahniah buat pemenang yang Hidup Berani Untuk Gagal di Malam Final Anugerah Juara Lagu ke-24 ini. Sekali lagi Tahniah untuk Aizat dan Pete Teo. Lagu "Pergi" sememangnya best, menusuk kalbu.

P/s: Yuna tu comel lah :)

Jan 8, 2010

Anugerah Juara Lagu ke-24

AJL24, Anugerah Juara Lagu Ke-24Malam Final Anugerah Juara Lagu ke-24 bakal berlangsung pada Ahad nanti. Debaran makin terasa, malah semakin timbul tanda tanya di kalangan peminat siapakah bakal bergelar Juara AJL24. Final Anugerah Juara Lagu ke-24 yang berprestij ini akan diadakan pada 10 Januari 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 9 malam hingga 11.30 malam. Acara tersebut akan dihoskan oleh Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.

AJL24 ini dikatakan agak unik dengan video promonya yang cukup kreatif serta lain dari yang lain, malah AJL kali ini tiada penyertaan untuk Etnik kreatif, Pop rock dan Balada, sudah pasti ianya memberi saingan yang cukup sengit. Apa yang menarik mengenai Anugerah Juara Lagu ke-24 kali ini ialah artis-artis yang layak masuk Final merupakan artis yang berbakat muda serta lahir dari rancangan realiti televisyen seperti Akademi Fantasia, One In A Million (OIAM), dan Mentor.

Antara artis tersebut ialah Hafiz, Stacy, Black, Tomok, Aizat, Yuna, dan sesiapa yang berkenaanlah. Kali ini bakat-bakat muda pula yang memonopoli acara Final Anugerah Juara Lagu ke-24, sudah pasti akan ada kelainannya serta saingan yang sengit dan tak mustahil juga bakat muda ini akan menjadi Juara.

Anugerah Juara Lagu ke-24 kali ini membawakan 14 buah lagu serta 13 orang artis yang layak bertanding di Final. Berikut adalah senarai Finalis Anugerah Juara Lagu ke-24;

  1. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
  2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
  3. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, lirik: Allahyarham Loloq)
  4. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
  5. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
  6. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
  7. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
  8. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
  9. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
  10. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
  11. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
  12. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
  13. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
  14. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

Diharap peserta Finalis AJL24 akan buat yang terbaik serta Hidup Berani Untuk Gagal demi mencapai kejayaan untuk dinobatkan sebagai Juara AJL24 nanti. Tapi apakah pilihan korang untuk lagu yang akan bergelar Juara di Anugerah Juara Lagu ke-24 ini?? Jangan lupa untuk saksikan acara yang berprestij ini.

Dec 31, 2009

Happy New Year 2010

Happy New YearKali ini aku hanya ingin ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 ataupun Happy New Year 2010 kepada semua khususnya untuk mereka yang sentiasa melawat blog melayu boleh hidup berani untuk gagal samaada secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa anda semua, apalah nilai blog ini. Walaupun pelawat yang masuk adalah melalui satu kata kunci yang pada ketika dahulu cukup glamour dengan simbol lucah, aku dengan berani untuk menyahut cabaran memperbetulkan serba sedikit akan kata kunci tersebut supaya lebih indah khabar dari rupa. ( betul ke perumpamaan ini? haha).

Usaha tersebut berhasil apabila blog ini masih stabil rangkingnya di engine carian untuk kata kunci tersebut. Aku harap hasil yang baik ini akan berterusan supaya blog yang tersenarai di engine carian untuk kata kunci tersebut lebih releven. Tahukah anda apa kata kunci tersebut? Bak kata Bang Nabil, Lu pikirlah sendiri. :) Tapi aku pasti anda semua sudah dapat agak apa kata kunci yang aku maksudkan.

Ok, berbalik kepada topik kita Selamat Tahun Baru 2010, diharap happy new year 2010 ini disambut dengan cara yang baik-baik dan tanamlah azam untuk tahun 2010 nanti kearah yang lebih baik. Malah, bersyukurlah kita kerana masih menemui tahun 2010. Jika anda masih mempunyai impian yang belum tercapai di tahun 2009, cubalah capai impian tersebut pada tahun 2010 nanti.

Macam aku sendiri, tahun 2009 tiadalah apa-apa yang istimewa, ibarat masa berlalu begitu sahaja. Malah kegagalan di tahun 2009 lebih banyak dari kejayaan yang dicapai. Itulah lumrah kehidupan, setiap manusia akan melalui kegagalan dan kejayaan dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Oklah, aku pun dah tak tau nak tulis apa lagi, nanti kalu panjang-panjang tulis, tak tahu pula apa yang aku merepek. Anyway, Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua.

Dec 28, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal

Dare to Fail is Berani GagalHave not graduated, the pretty small-it has been winning awards as the Most Creative winner results brave attempt failed in the campaign 'Create Your Style' carried by the brand Puma in the Pavilion shopping center in Kuala Lumpur.

With the spirit of Hidup Berani Untuk Gagal, Sarah Amirah Mohd. Fahmi, 19, from Subang Jaya, Selangor successfully defeated two other contestants. Victory that qualify him to take home cash of RM1,000 and Puma vouchers worth RM3,000.

Students at Raffles Design Institute, Kuala Lumpur did not dare to fails think the task given by the lecturer it will be selected to be contested. For your information, the competition is only open to students of the institute only.

He was quite excited because the first live participation dared to fail in the fashion competition continues to bring good luck to him. Compared to other classmates, he followed the majoring Diploma in Design have set up these tasks alone. He naturally has a soul that has been open inject inspired music as a universal source of inspiration.

Music affected fashion

As fans of Rihanna, I heard the songs repeatedly that it influenced fashion collection presented on the night in the Café Stelle, Pavilion. Day and night he was struggling to complete the task with earnest. At the time, he had to divide the revised time for other subjects and trained laughter. In fact he is a participant Futsal National League Championship Felda-FAM 2009/2010.

Finally, the 70 students who submit assignments Raffles on 15 November last year, do Amirah, Mo., and Amber and Mandy pair selected to be contested. But before they reach the stage, they first need to present their ideas to a representative of Puma and fashion experts.

Present work

At that time, then we all know that this hidup berani untuk gagal task is to sharpen the talents of students participating in an actual competition. A week after that, Amirah and her friends met with the organizers (Puma) and to dare to present their work failed respectively. "They give a lot of views, the idea of processing more robust and practical. In addition to state what is required by the Puma and want to be seen later in the competition."

After the meeting, Amirah and other finalists brought to the Puma boutique at The Gardens, Kuala Lumpur. Visits that plays an important role in the overall project because he could visually represent ideas raised whether it can become a reality or otherwise.

Once received measure body size models that will show off clothes, he boldly chose shirt T shirts, jackets, pants, bags, skirts, shoes and blaus appropriate. As Amirah, other participants also received five female and five male models.

In the meantime, he felt that 'products' creation may be less prominent. Compared to two other players who use the chain to the coiled body and red socks women, he preferred instead use the concept of harmony.

Unique fashion

Given the spirit of life and dare to fail, confidence, and support from family members and friends in arms, Amirah brace themselves provide the best on December 4 last.

At the end of the event which lasted nearly three hours, he was crowned winner of the main. Second place falls to Mo Jian Tan Sze Yung and Amber and Mandy Yap Wei Mun Mun in third place. He announced his name as soon as the tremors are grateful for all the tired-tired and his efforts rewarded with a return commensurate such as live video hidup berani gagal.

Two friends as Amirah No.1 supporter, also expressed feeling happy. "Although I do not think Amirah will appear champion, he is indeed eligible for this recognition due to his design and processing of Puma's fashion highlight enough," said Mohd. Atiq Faisal Abdul Kadir and Zulhelmi Saw Saw Zulkifli simultaneously.

Dec 17, 2009

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan SEA Laos 2009

Sukan Sea Laos 2009, Malaysia Juara Bola SepakSekalung Tahniah diucapkan buat skuad Bola Sepak Malaysia yang berjaya menewaskan Vietnam di Temasya Sukan SEA Laos ke-25 dengan keputusan 1-0 sekaligus menamatkan kemarau 20 tahun untuk meraih emas bagi acara Bola Sepak.

Walaupun pada mulanya pasukan Malaysia sentiasa diasak oleh pasukan Vietnam, namum pemain pertahanan dan penjaga GOl Malaysia menunjukkan prestasi yang cukup baik untuk menghalang gawang gol Malaysia dibolosi oleh pemain Vietnam.

Dengan semangat Malaysia Boleh yang ditunjukkan oleh para pemain, pasukan Malaysia mula menunjukkan aksi berani gagal dengan menyerang pada 20 minit pertama di separuh masa kedua. Malaysia dihadiahkan gol pada minit-minit terakhir disebabkan oleh gol sendiri dari pemain Vietnam yang terkena bola hasil tendangan Shafiq Rahim.

Maka, Tahniah untuk Pasukan Bola Sepak Malaysia yang berjaya mencipta sejarah meraih emas dalam acara Bola Sepak di Temasya Sukan SEA Laos 2009.

Dec 12, 2009

Video Hidup Berani Untuk Gagal

HIDUP BERANI UNTUK GAGALSetelah mencari-cari video menarik yang ada kaitan dengan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, aku ingin kongsikan video tersebut yang mana aku telah download sebelum ini, kemudian edit semula then upload balik.

Video Youtube Hidup Berani untuk Gagal ini adalah tentang seorang yang bermain ski, tetapi bukannya bermain di dataran bersalji, malah dia cukup beraninya membuat aksi menggunakan ski base dengan membuat terjunan di salah satu bangunan yang tinggi. Aku sendiri pun tak tahu bangunan mana.

Setelah melihat video tersebut, aku jadi confius samaada adegan tersebut adalah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ataupun Hidup Berani Untuk Mati. haha.. Mana tidaknya, dengan beraninya dia terjun menggunakan ski Base dari bangunan yang tinggi itu. Diharap orang Melayu tidaklah membuat perkara-perkara sebegini yang menjurus kepada kematian.

Silap haribulan, boleh mati agaknya.. tapi mujurlah video tersebut menunjukkan yang dia terselamat dari adegan Hidup Berani Gagal dengan melakukan pendaratan yang baik. So, silalah layan video tersebut dibawah, tidaklah panjang mana pun.

Dec 11, 2009

Syarat Hidup Berani Untuk Gagal di Update

HIDUP BERANI UNTUK GAGALSetelah memerhati mengenai contest yang sedang hangat berlangsung iaitu Hidup Berani Untuk Gagal, aku cukup teruja sekali dengan sambutan yang di berikan, sambutan terhadap Hidup Berani Untuk Gagal sangat menggalakkan dan sehingga kini sudahpun di sertai seramai 86 blogger tegar yang berani menyahut cabaran hidup berani gagal.

Ekoran daripada itu menjadikan persaingan untuk menduduki top 10 di Engine Carian Google terhadap kata kunci Hidup Berani Untuk Gagal sudah tentu sengit dan hebat sekali. Malah, kedudukan blog peserta Hidup Berani Gagal di engine carian sentiasa berubah. Sempena posting ini juga, aku ingin menyatakan bahawa contest Hidup Berani Untuk Gagal telahpun melakukan update syarat yang terbaru, iaitu di penghujung contest, senarai 10 blog yang tersenarai di sesawang pencarian Google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di umumkan sebagai pemenang.

Update syarat dilakukan kerana terdapat peserta dari luar negara yang turut berani menyahut cabaran Hidup Berani Untuk Gagal.

Dec 8, 2009

Contest Hidup Berani Untuk Gagal

Hidup Berani Untuk GagalHidup Berani Untuk Gagal boleh dikatakan satu prinsip yang kebiasaannya dipegang oleh setiap individu. Namun kali ini Hidup Berani Untuk Gagal merupakan contest terakhir bagi penutup tahun 2009 anjuran Denaihati.

Contest Hidup Berani Untuk Gagal dianjurkan atas sokongan sponsor yang cukup bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall, dan Saudacare.

Contest Hidup Berani Untuk Gagal sangat mudah iaitu di penghujung contest (tarikh tutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian Google.com menggunakan page the web berdasarkan browser Firefox dengan kata kunci HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pada ranking 1-5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6-10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

Untuk mereka yang rajin mempromosikan contest Hidup Berani Untuk Gagal akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih banyaklah hadiahnya.

Malah, hadiah bertuah Hidup Berani Untuk Gagal juga disediakan iaitu bagi penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya pada setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Antara syarat-syarat contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ialah:

  1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.
  2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog? : contoh saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog ini.
  3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.
  4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.
  5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di weblog Yang Terbuku Di Hati.
  6. Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkan.
  7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.
  8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.
  9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.
  10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
  11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Oh ya, saya tahu contest ini dari blog Denaihati.

Keputusan
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest (akan diumumkan kemudian).

Apa yang boleh saya katakan, Hidup Berani Untuk Gagal merupakan contest yang sangat menarik, malah hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Tidak menang tidak mengapa, asalkan kita enjoy. Untuk mereka yang mempunyai blog, bolehlah anda join sekali. Cuba dulu baru tahu, jadi bolehlah pegang prinsip Hidup Berani Untuk Gagal. :)

Dec 7, 2009

Tips Penjagaan Payudara Wanita

Tips Penjagaan Payudara WanitaPayudara merupakan anugerah terindah yang dikurniakan untuk setiap wanita. Malah, wanita juga mengidamkan bentuk payudara yang segar, montok dan tegang dimana ianya boleh menarik perhatian lelaki melayu. Bercakap berkenaan payudara wanita, aku ingin berkongsi tips penjagaan payudara wanita. Seharusnya wanita serta gadis melayu diluar sana perlu mengetahui cara-cara penjagaan payudara supaya ianya tampak lebih menarik dan sihat. Di samping itu dapat memberi semangat hidup berani untuk gagal serta mempunyai penampilan yang menarik.

Dengan berani aku ingin kongsikan beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan
  • Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
  • Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

3. Senaman
  • Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
  • Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masing 10 kali.

4. Urutan
  • Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara
  • Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
  • Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan
  • Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.
  • Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
  • Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat. Tapi jika suami anda sukar di ajak untuk ke ranjang, aku ada kongsikan tips tarik suami ke ranjang pada posting yang lepas.

Itulah antara tips penjagaan payudara wanita, semoga tips tersebut bermanfaat untuk wanita melayu yang membaca posting ini. Jika anda mempunyai tips tambahan, bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah, jangan malu-malu dan takut-takut untuk berkongsi.. Kita perlulah hidup berani untuk gagal demi mencipta kejayaan gemilang di masa depan.