Showing posts with label Seksual. Show all posts
Showing posts with label Seksual. Show all posts

Dec 7, 2009

Tips Penjagaan Payudara Wanita

Tips Penjagaan Payudara WanitaPayudara merupakan anugerah terindah yang dikurniakan untuk setiap wanita. Malah, wanita juga mengidamkan bentuk payudara yang segar, montok dan tegang dimana ianya boleh menarik perhatian lelaki melayu. Bercakap berkenaan payudara wanita, aku ingin berkongsi tips penjagaan payudara wanita. Seharusnya wanita serta gadis melayu diluar sana perlu mengetahui cara-cara penjagaan payudara supaya ianya tampak lebih menarik dan sihat. Di samping itu dapat memberi semangat hidup berani untuk gagal serta mempunyai penampilan yang menarik.

Dengan berani aku ingin kongsikan beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan
  • Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
  • Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.

3. Senaman
  • Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
  • Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masing 10 kali.

4. Urutan
  • Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara
  • Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
  • Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan
  • Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.
  • Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
  • Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat. Tapi jika suami anda sukar di ajak untuk ke ranjang, aku ada kongsikan tips tarik suami ke ranjang pada posting yang lepas.

Itulah antara tips penjagaan payudara wanita, semoga tips tersebut bermanfaat untuk wanita melayu yang membaca posting ini. Jika anda mempunyai tips tambahan, bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah, jangan malu-malu dan takut-takut untuk berkongsi.. Kita perlulah hidup berani untuk gagal demi mencipta kejayaan gemilang di masa depan.

Dec 6, 2009

Tips Tarik Suami Ke Ranjang

Tips Tarik Suami ke RanjangKali ini aku ingin kongsikan tips tarik suami ke ranjang dan posting ini hanya sesuai di baca untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja, ataupun yang sudah 18 tahun keatas kerana mungkin ada yang ingin menambah ilmu mengenai hal-hal sebegini. Kepada mereka yang bawah 18 tahun, silalah beralih kepada posting yang lain ok. Sebenarnya ini merupakan posting berani dari aku yang mungkin berunsur seksual sedangkan blog ini sebenarnya untuk membaiki nama baik melayu boleh. Walaupun begitu, tips tarik suami ke ranjang boleh dikatakan satu ilmu yang harus dipelajari oleh wanita serta gadis melayu di luar sana. Selain itu, jadilah seseorang yang hidup berani untuk gagal kerana tanpa keberanian sudah tentu anda takut mencuba sedangkan kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba.

Ok, tanpa membuang masa, aku senaraikan tips untuk menarik suami supaya mudah di bawa ke ranjang. Antara tips-tipsnya adalah:

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

Haa..macam mana dengan tips tarik suami ke ranjang ini? Adakah anda rasa tips ini berkesan? Apa yang penting, anda haruslah mencuba dahulu jika sebelum ini suami anda sangat susah di bawa ke ranjang. Diharap dengan perkongsian tips tarik suami ke ranjang dapat menambah pengetahuan untuk gadis melayu di luar sana.