Showing posts with label Artis Melayu Boleh. Show all posts
Showing posts with label Artis Melayu Boleh. Show all posts

May 23, 2010

Shahir Juara Akademi Fantasia 8 (AF8)

Shahir Juara AF8Program realiti tv yang cukup popular iaitu Akademi Fantasia 8 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur sudahpun melabuhkan tirainya. Malah konsert final AF8 itu menyaksikan para peserta memberikan persembahan yang cukup mantap.

Keputusan Final AF8 sudahpun diketahui iaitu Shahir telah dinobatkan sebagai Juara AF8. Tahniah buat Shahir yang telah membuktikan lelaki melayu boleh bersaing untuk bergelar juara. Sudah pasti ini akan menjadi cerita-cerita panas di muka-muka akhbar tempatan esok. :) Teruskan membaca petikan yang diambil dari bharian.com.my.

Sama seperti edisi sebelumnya, pada peringkat final inilah semua calon bakal mempamerkan segala ilmu dan pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada dalam akademi.Pastinya masih ada yang tertunggu-tunggu siapakah di antara Daus, Iwan, Adira, Shahir dan Maulana yang bakal dimahkotakan oleh Pengetua AF8, Norman Abdul Halil sebagai menjadi juara musim ini.

Bolehkan Adira atau Siti Adira Suhaimi, 19 muncul menjadi pelajar wanita ketiga selepas Mila dan Stacy untuk menjuarai AF8? Atau mungkinkah kejuaraan itu adalah persaingan perebutan antara Daus atau nama penuhnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 22 atau Maulana (Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22), Iwan (Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20) dan Shahir (Ahmad Shahrib Zawawi, 22).

Shahir dianggap sebagai ‘peserta bertuah’ kerana selepas terkeluar pada minggu ketujuh, tetapi berjaya masuk semula pada minggu kelapan. Kemasukan semula Shahir menyebabkan calon pilihan Nadiawaty Ainul Basir, 24 atau Ain tersingkir pada konsert minggu kesembilan.

Itulah yang menjadikan Shahir menjadi calon pilihan utama untuk menjadi juara AF8 lapan. Namun begitu, usah lupa juga dengan pengundi calon lain. Adira juga boleh membuat kejutan sekiranya pengundi berasakan calon tunggal wanita ini layak sebagai pemenang AF8.Sebenarnya setiap calon mempunyai peluang hampir sama rata. Barangkali ada yang masih lemah dalam aspek suara tetapi mereka boleh mempengaruhi pengundi dengan menampilkan persembahan mantap dan bertenaga.

Pengetua AF8, Norman Abdul Halim berkata, seperti biasa pada peringkat akhir semua pelajar memang akan dibekalkan dengan lagu ciptaan terbaru selain lagu popular sedia ada untuk dinyanyikan pada konsert terakhir program realiti itu nanti.

Sama ada menang atau kalah, semua finalis AF8 dikatakan sudah bergelar artis atau penyanyi sepenuh masa kerana masing-masing sudah mempunyai single sendiri.

“Selain itu, tujuh peserta yang tersingkir sudah siap merakamkan single mereka termasuk video klip yang dirakam melalui nyanyian konsert mingguan mereka. Kami juga berbincang dengan AESB untuk menghasilkan video klip sebenarnya untuk kesemua pelajar ini dan pihak KRU Studio’s bersedia membantu.

“Lagu-lagu mereka kini sudah mula disiarkan di radio seperti lagu nyanyian Anum berjudul Berakhir Sebelum Bermula, Erma (Hati Hati), Bernafas Lagi (Shah), Aku Sudah Merdeka (Nad), Bangun Semula (Alif), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahril) dan Hujung Minggu (Farina),” katanya.

Siaran langsung final AF8 dalam format HD

ACARA final Akademi fantasia musim ke-8 (Af8) akan mencipta sejarah sebagai program tempatan pertama disiarkan dalam format definisi tinggi (HD).

Menurut Ketua Perniagan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh ia hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang menggunakan Astro B.yond menerusi saluran khas AFHD iaitu saluran Astro124 bermula 22 Mei dari jam 12 tengah malam hingga 23 Mei, jam 12 malam.

Menurut Khairul Anwar, sebagai program hiburan tempatan pertama disiarkan dalam format HD, AF8 adalah titik permulaan dan petanda bahawa banyak lagi program tempatan akan disiarkan dalam format HD selepas ini.

“Lebih 60 kru teknikal bekerja pada malam konsert akhir. Ini kerana menghasilkan program dalam format HD memerlukan penelitian yang khusus agar kualiti gambar itu dapat dihasilkan,” katanya.

Sementara itu Nadiawaty Ainul Basir, 24 atau Ain dari Sandakan, Sabah menjadi peserta terakhir yang tersingkir daripada AF8 selepas memperoleh undian terendah daripada penonton sebanyak 12.49 peratus.

“Dapat bertahan sehingga minggu ke sepuluh secara peribadi adalah kejayaan yang amat besar buat diri saya sendiri. Saya bangga kerana dapat mengutip banyak ilmu sepanjang berada di sini,” katanya.

Menurut Norman, penyingkiran Ain bukan disebabkan prestasi menurunnya setiap minggu tetapi kerana faktor popularitinya.

“Saya sangat terkilan apabila Ain tersingkir. Ain peserta berbakat kerana memiliki kemahiran bermain pelbagai alat muzik seperti gitar, keyboard dan drum selain boleh menghasilkan lagu sendiri,” katanya.

Harapan finalis AF8

* Adira
“Saya hanya meletakkan nasib pada takdir.”

* Daus
“Kelebihan saya pada persembahan, itulah yang akan buat dengan sebaik mungkin”

* Iwan
“Saya bimbang melihat penonton yang lebih dari konsert mingguan”.

* Maulana
“Saya sudah puas hati kalau persembahan pada malam final meninggalkan kesan kepada penonton”.

* Shahir
“Saya hanya fikirkan hanya keluarga dan kawan rapat saja yang mengundi”.

Lagu peserta di final AF8

DAUS:
Doktor Pakar Cinta (Yusry KRU) & Kenapa (lagu baru)

IWAN:
Relaku Pujuk (Spider) & VIP (lagu baru)

MAULANA:
Susun Silang Kata (Aizat) RSVP (Lagu baru)

SHAHIR:
Biru Mata Hitamku (Wings) & Kebahagiaan Dalam Perpisahan (lagu baru)

ADIRA:
Tiru Macam Saya (Datuk Sheila Majid) & Ku Ada Kamu (lagu baru)

Feb 2, 2010

Tom Juara Mystarz Lg Musim ke-3

Sudah agak lama blog Melayu Boleh Hidup Berani Untuk Gagal tidak berupdate, walaupun agak terlambat sedikit, hari ini aku ingin membuat posting untuk mengucapkan Tahniah buat Tom yang telah dinobatkan sebagai Juara Mystarz Lg Musim Ke-3. Selepas 12 minggu bersaing untuk menempatkan diri supaya dapat beraksi di peringkat akhir, akhirnya peserta Mystarz Lg Musim ke-3 yang terpilih ialah Maisarah Ismail (Sarah), Raja Farah Afzal Raja Ikram (Tom) dan Muhamad Hafidz Muhamed Kamal (Apiz).

Tom Mystarz Lg Musim ke-3

Peringkat akhir yang berlangsung di dewan Merdeka PWTC menyaksikan ketiga-tiga Finalis Mystarz Lg musim ke-3 memberikan persembahan yang terbaik serta memberikan saingan yang cukup hebat untuk menarik perhatian para juri dan peminat. Tetapi akhirnya Tom diumumkan sebagai Juara Mystarz Lg Musim ke-3. Naib Juara pula jatuh kepada Afiz dan tempat Ketiga menjadi milik gadis melayu yang comel iaitu Sarah. Keputusan kemenangan ditentukan oleh juri professional sebanyak 50% yang dianggotai oleh Azmeer, Ajai dan Mas Idayu serta 50% lagi ialah dari undian penonton.

Tom yang membuat persembahan dengan menyampaikan lagu medley dari kumpulan Search dan Bunkface iaitu Isabella dan Revolusi manakala Senja Nan Merah duet bersama Mus dari kumpulan May membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta LCD TV tajaan LG, Tom, 25, juga akan mengikat kontrak rakaman bersama label rekod Warner Music Malaysia. Apiz yang menyampaikan lagu Patri dan Farhana bersama Tia dari kumpulan Jinbara serta lagu medley Suci Dalam Debu dan Terharu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan barangan LG Chocolate Phone (BL40).

Sarah pula menyampaikan lagu Joget Lambak dan Gelora bersama Adam serta lagu Bunga-Bunga Cinta dan Senggol-Senggolan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta set sistem home theatre HT964PZ dari LG. Turut memeriahkan suasana Malam Final Mystarz Lg Musim ke-3 ialah persembahan nyanyian dari Jaclyn Victor dan dua diva ternama, Dato' Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.

Link love to: Azuan

Jun 30, 2009

Cerita Sensasi Artis Melayu Diana dan Syamsul

Sensasi Artis Melayu Boleh Diana SyamsulKali ini menceritakan cerita sensasi anak melayu yang bergelar artis iaitu Diana dan Syamsul. Baru-baru ini Diana Danielle dikatakan terkejut apabila dia di minta untuk bergambar dengan Syamsul Datuk Yusof, maklumlah pertemuan pertama kalinya itu ialah di majlis Parti Selebriti Kosmo - One Drop Perfumes 2009 jumaat lalu selepas Diana menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Diana yang pada mulanya mengelak ketika di minta untuk bergambar dengan Syamsul akhirnya akur dengan pujukan team Kosmo atas dasar Profesional. Diana berkata, dia bukannya tidak mahu bergambar dengan Syamsul, tetapi terkejut pada mulanya apabila diminta berbuat demikian memandangkan mereka baru pertama kali berjumpa sejak Diana tamat PKLN. Menurut cerita Diana lagi, dia cukup risau akan soalan yang diajukan oleh pihak media terutamanya berkaitan hubungan lepasnya bersama Syamsul. Dia bimbang kenyataannya itu boleh mengguris hati mana-mana pihak.

Gadis Melayu berumur 18 tahun itu turut terdiam seketika apabila ditanya bagaimana penerimaannya jika diminta untuk bergandingan dengan Syamsul dalam filem mahupun drama. Namun, Diana berkata dia tidak mampu untuk menjawab soalan itu tetapi hanya boleh katakan bergantung pada keadaan. Dia tidak mahu apa yang pernah terjadi cuba dimanipulasikan oleh pihak lain.

Berkenaan cerita sensasi Syamsul pula, dia tetap seperti biasa dan tidak ada apa yang berubah meskipun tiada lagi istilah cinta antaranya dan Diana, malah ketika beliau diminta untuk bergambar, dengan mudahnya dia memberikan kerjasama serta menganggap dia harus bersikap sebagai orang Melayu profesional. Malah, dia tidak mahu bersikap "bodoh" semata-mata kerana apa yang pernah terjadi antara mereka suatu ketika dulu.

Namun menurut Melayu Boleh Syamsul, beliau kini lebih fokus kepada kerjaya meskipun pernah menyatakan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 27 tahun. Malah, jika boleh beliau mahu bercinta serta menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang bukan bergelar artis. Agaknya pengalaman lalu membuatkan beliau serik untuk bercinta dengan golongan artis, mungkinkah?? Siapakah gadis melayu yang bertuah itu? :)

Cerita sensasi apabila beliau bakal menjadi penyanyi, pandai ke dia ni menyanyi? Belum pernah dengar pun. Tapi kita tunggu dan lihat sajalah beliau akan muncul dengan lagu single pertama berjudul Bidadari.

Inilah serba sedikit cerita sensasi artis melayu di Malaysia. Malah, beliau-beliau ini membuktikan bahawa orang melayu boleh berjaya dalam bidang lakonan serta nyanyian. Anyway, good luck untuk artis-artis ini.

Jun 14, 2009

Lima Gaya Lelaki Boleh Memikat Farahdhiya

Melayu Boleh FarahdhiyaMelayu Boleh Blog pada kali ini akan membuat posting mengenai lima gaya lelaki boleh memikat artis terkenal iaitu seorang Gadis Melayu Boleh dikenali sebagai Farahdhiya(gambar diatas). Jika anda ingin memikat gadis melayu cantik ini, boleh amalkan tips di bawah ini.. :)

Antara stail lelaki yang boleh menawan hati penyanyi dan pelakon Melayu Boleh, Farahdhiya Mohd Amin ini ialah:

1. Bersih dan kemas.
Mendahului senarai, saya sebenarnya cepat tertarik dengan lelaki bersih serta kemas. Dari luar lagi sudah boleh mencerminkan lelaki sebegini cukup teratur serta mementingkan kebersihan tubuh dan pakaian.

2. Ringkas tapi segak.
Lelaki begini pula tidak 'lebih-lebih' apabila bergaya hinggakan kita boleh nampak dia cukup rimas. Pakaian yang dikenakan pula biarlah ringkas tapi kena dengan personaliti diri.

3. Lelaki beruniform.
Bagi saya, lelaki beruniform lebih nampak seksi lah! Lebih-lebih lagi apabila mengenakan pakaian seragam tentera laut serba putih... Nampak kacak dan berkarisma, menarik perhatian saya!

4. Pakaian sukan.
Biarpun lelaki tersebut baru sahaja mengenakan pakaian sukan, ianya sudah boleh menampakkan bahawa mereka ada kebolehan dan handal bersukan. Malah, sifat macho mereka juga boleh terserlah!

5. Kasual.
Kadang-kadang saya juga suka melihat lelaki yang boleh mengenakan pakaian kasual seperti kemeja T, seluar jeans dan sneakers sahaja. Ianya nampak sempoi gitu, tapi pastikan tidak selekeh okay?

Macam mana? Boleh layak tak? :) kalau boleh layak, cuba contact dia..:)

Source: bharian.com.my

Jun 9, 2009

Tomok Anak Melayu Boleh Becomes Actor

Tomok Anak Melayu Boleh BerjayaMelayu Boleh Zone feel proud of orang melayu boleh is known as Tomok, who suspected that he has now received a bid to perform after he was the winner in OIAM3 last month. Although the anak melayu is still busy in the process of recording an album first, but the provision does not drop out boleh malay Tomok.

For the fan Melayu Boleh Tomok, performers aged 24 this year to bring a good news headline when he agree filem new spell that will commence on 23 Julai depiction later. Interestingly, the second occurrence of Tomok the silver screen this time with a different experience when a film actor parlormaid frightened, Makar five years ago.

Melayu Boleh Tomok trust given by the production Flare Studios Sdn Bhd which in cooperation with the Progress Film Perbadanan Nasional (Finas) and Spacetoon Russia being the main character holds a superhero known Mantera. Superhero which is known as Azman to act together Melayu Boleh Tomok with a woman actor from Russia.

Melayu Boleh local actor involved is another wanita melayu boleh known as Lisa Surihani and lelaki melayu boleh known as Hairie Othman. Malay Boleh Tomok said, he excited when gets a bid perform in the film and does not waiting period to give approval. Anak Melayu Boleh consider this bid a film that comes after he OIAM3 win as a big opportunity not to be released.

"I have a certain plot this film interesting and able to provide towing to the young to watch. Even though I play less experience, but I try to give best acting experiences and learn from the other actor.

May 22, 2009

Siti Nurhaliza Tarudin Diva Melayu Boleh

Siti Nurhaliza Tarudin Diva Melayu BolehSiti Nurhaliza merupakan salah seorang wanita melayu boleh berjaya dalam bidang nyanyian, malah merupakan seorang penyanyi terkenal di Malaysia dan seantero dunia. Nama penuh wanita melayu boleh ini ialah Siti Nurhaliza binti Tarudin. Namun kini wanita melayu ini dikenali sebagai Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP kerana mendapat gelaran Datin, Datuk dan Datin Seri. Wanita melayu boleh dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia. Bapanya Tarudin bin Ismail ialah seorang lelaki melayu boleh sebagai Polis. Manakala ibunya Siti Salmah Bachik ialah perempuan melayu boleh yang merupakan suri rumah. Dato' Siti merupakan anak kelima dari lapan adik-beradik dimana salah satu daripada mereka meninggal dunia setelah beliau dilahirkan.

Pada mulanya, wanita melayu boleh ini digelar "tomboy" kerana kelakuannya yang aktif dan kecenderungannya terhadap penampilan bersifat kelelakian. Siti memulakan alam persekolahannya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Semasa darjah 1 hingga darjah 6, wanita melayu boleh memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, dan akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang lebih feminin hasil dari penat lelah ibunya dalam membesarkan Siti Nurhaliza menjadi seorang gadis Melayu yang berbudi bahasa. Wanita melayu boleh meneruskan lagi pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang semasa di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Malah, sewaktu di sekolah, Siti merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam arena sukan.

Pada usia 12 tahun, wanita melayu boleh mula mempelajari lagu-lagu tradisional daripada ibunya, Siti Nurhaliza seterusnya mengikut jejak langkah keluarga beliau dengan menyanyi di majlis-majlis di sekitar tempat tinggalnya. Pada usia 16 tahun pula, melayu boleh bertanding di dalam Bintang RTM 1995. Ketika itu, Siti menemui salah seorang lelaki melayu boleh pencipta lagu terkenal, iaitu Adnan Abu Hassan. Lelaki melayu boleh telah membimbing serta membantu Siti dengan persembahan vokal beliau, akhirnya beliau boleh menjuarai pertandingan itu. Selapas itu, Siti ditawarkan kontrak rakaman bersama Suria Records, iaitu tempat di mana Adnan bekerja. Hasil daripada itu, wanita melayu boleh mengeluarkan album sulungnya bertajuk Siti Nurhaliza pada tahun 1996 dan album tersebut sangat berjaya.

Bermula dari situ, melayu boleh menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam persada muzik Melayu. Malah, banyak lagu-lagu beliau yang boleh menjadi hit. Lagunya merangkumi pelbagai jenis irama muzik popular seperti muzik pop, R&B dan Melayu tradisional. Oleh kerana suara dan lirik lagu-lagu beliau mendapat sambutan, malah menjadikan beliau amat terkenal sehingga boleh mendominasi pelbagai majlis anugerah selama bertahun-tahun. Pada 1 April 2005, Siti telah menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall yang sangat berprestij di London sungguhpun kebanyakan penonton ketika itu terdiri daripada warganegara Malaysia yang menetap di UK atau datang dari tanahair. Malah, wanita melayu boleh merupakan satu-satunya penyanyi wanita Malaysia selepas Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang pernah mengadakan persembahan di dewan tersebut.

Tidak hanya dalam bidang nyanyian, wanita melayu boleh ini juga mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan mewujudkan produk teh jenama CTEA. Bermula dari kaki gunung Kinabalu, Sabah, Siti Nurhaliza Marketing membawa perisa pandan dan geranium kepada masyarakat Malaysia. Malah, berniaga merupakan aktiviti yang sudah sebati dengan Siti dan jenama CTEA merupakan perniagaan keluarga beliau. Bermula tahun 2006, wanita melayu boleh telah berkahwin dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan perkahwinannya itu menjadi Perkahwinan Terbesar pada tahun tersebut. Disamping itu, Siti mengorak langkah menjadi penggubah lagu apabila mencipta dua lagu yang dimuatkan di dalam album terbarunya, Transkripsi iaitu Hati Berbisik dan Intrig Cinta. Pada 11 Februari 2007, Siti Nurhaliza telah memeriahkan acara permaidani merah di Anugerah Grammy bertempat di Staples Center, Los Angeles. Pembabitannya itu telah menjadikan Dato' Siti merupakan rakyat Malaysia boleh pertama yang diberi penghormatan berjalan di atas permaidani Merah di Majlis Grammy yang berprestij itu.

Tahun 2007 menyaksikan pembabitan Siti dengan konsert besar apabila melayu boleh mengadakan konsert khas bagi mengenang Lagenda Negara, Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma. Konsert ini diberi nama " Istana Cinta : Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma " dan berlangsung selama 2 hari berturut-turut di Istana Budaya. Konsert ini juga disiarkan di RTM 1 dua hari sebelum ulangtahun kematian Arwah P. Ramlee. Konsert ini berjaya menarik ramai kenalan artis dan tokoh negara untuk hadir, termasuk Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya. Siti merupakan artis Melayu Boleh berjaya bergelar jutawan kerana bakat dan usaha beliau sendiri, tidak semata-mata kerana undian atau SMS, anda bolehlah melawat website Siti di Sitizone.com. Malah banyak lagi anugerah-anugerah besar yang diterima oleh Siti Nurhaliza ini yang membanggakan kita sebagai rakyat malaysia.

May 21, 2009

Sudirman Haji Arshad Seorang Seniman Melayu Boleh

Sudirman Haji Arshad Seorang Seniman Melayu BolehSudirman Haji Arshad merupakan seorang penghibur melayu boleh yang cukup terkenal, beliau dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Sudirman ialah anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan. Anak Melayu Boleh ini merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia, malah telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza dan setanding dengan P. Ramlee. Anak jati melayu dari Pahang merupakan orang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Sudirman juga diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau juga adalah seorang penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.

Ibunya sangat aktif di arena politik, iaitu sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan serta Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh. Ibunya telah membuktikan bahawa wanita juga boleh berjaya jika adanya semangat fikirkan boleh, malah ibunya juga menjadi ketua dalam bidang yang diceburi. Namun, ibunya telah meninggal dunia pada tahun 1959 ketika usianya masih muda iaitu pada umur 32 tahun (ketika itu Sudirman berumur 5 tahun) setelah disyaki mengidap penyakit kanser. Bapanya merupakan seorang pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik untuk UMNO di bahagian Temerloh, Pahang. Namun, bapa kepada Sudirman telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.

Sudirman mempunyai 5 orang bilangan adik beradik iaitu Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini, manakala beliau pula adalah anak bongsu. Dari sejak kecil lagi, beliau sering menyanyi walaupun di mana sahaja dia berada, maybe di toilet sekalipun (sekadar anggapan penulis blog ini sahaja) hehe... Malah, di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz, malah terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Beliau juga merupakan seorang yang aktif dan suka bersukan serta pandai berpidato, malah setiap waktu dia berada di perpustakaan dan membuktikan bahawa beliau merupakan sorang yang bijak pandai serta ulat buku kerana banyak menghabiskan masanya di gedung ilmu.

Sudirman telah memulakan sesi persekolahnya pada tahun 1961 di sebuah Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab). Selepas itu, beliau menyambungkan lagi pembelajarannya di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan pembelajarannya semasa hanya di Tingkatan 6. Sebelum beliau memasuki Tingkatan 6, Sudirman telah mengikuti kursus persediaan di ITM Petaling Jaya, malah beliau boleh mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negeri, akan tetapi dia menolak tawaran tersebut.

Pada tahun 1976, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Undang-undang di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih boleh untuk membahagikan masanya dengan bijak di antara menyanyi mahupun kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980, beliau telah berjaya menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Pada tahun 1983 pula, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktirafkan sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya. Ketika itu, beliau dikenali sebagai "The Singing Lawyer".

Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi terkenal apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Pada ketika itu beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila dia disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya itu. Hal itu telah menyebabkan para penonton suka dengan caranya yang berterus terang. Beliau juga mendendangkan lagu Jali Jali, merupakan sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suara beliau memang unik serta menarik perhatian pendengarnya. Bermula dari situlah beliau telah menjadi seorang penghibur terkenal dan berjaya. Untuk lebih lanjut mengenai kisah kejayaan beliau, silalah klik disini.

Di akhir hidupnya, beliau telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya, iaitu Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Lorong Taban 1, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun setelah 7 bulan beliau menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang di sebelah pusara orang tuanya. Ekoran daripada itu, ribuan peminat-peminat setia Sudirman termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.