Aku pula masih lagi kekeringan idea untuk berkongsi maklumat tersebut. Sedangkan hari ini adalah hari terakhir untuk submit entry tentang hidup seorang blogger yang mana ianya merupakan Contest SEO. Jadi itulah salah satu cabaran seorang blogger yang harus memerah otak untuk mendapatkan idea demi menghasilkan penulisan yang akan dibentangkan kedalam blog setiap blogger.Tidak cukup dengan cabaran itu, cabaran terkena serangan malware terhadap blog mahupun website yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini turut merunsingkan kehidupan blogger. Aku sendiri sudah terkena serangan ini, penangannya amat dahsyat sekali, kehidupan boleh jadi tak tenteram. Tapi cabaran itu dapat diharungi oleh aku dengan jayanya apabila berjaya menghapuskan malware tersebut.
Cabaran hidup seorang blogger yang seterusnya ialah ketandusan idea untuk update blog. Inilah yang sedang berlaku kepada aku sekarang. Rasa seperti aku sedang merepak sahaja ini. Mesti korang boring baca entry ni. hehe. Tapi tak apa, aku tetap nak siapkan entry ini walaupun ianya tak sehebat entry blogger lain. Itulah akibatnya apabila aku daftar dua biji blog untuk join contest ini. Jadi aku kenalah simpan sedikit idea untuk mengarang topik yang sama di blog yang satu lagi. Aih.. aku bukan professional writer yang boleh karang banyak-banyak entry dengan menggunakan satu tajuk.
Teruskan dengan cabaran berikutnya. Cabaran yang paling ketara dalam hidup seorang blogger macam aku ini ialah sukar menangani sifat kemalasan. Itulah hidup manusia, memang tak dapat nak lari dengan sifat malas ini. Semua orang pasti merasa malas, tipulah kalau korang tak pernah rasa malas sepanjang hidup korang. Aku kadang-kadang nak online pun malas, apatah lagi kalau nak update blog. Sebab tu blog melayu boleh ini asyik bersarang jer.. Nampaknya belum boleh hidup sebagai seorang blogger lagi ni.
Jadi sampai disini sahajalah aku merepek, jari pun dah lenguh menaip. Aku perlu simpan tenaga dan idea untuk entry hidup seorang blogger yang satu lagi pula. Walauapapun, terhasil juga satu entry di blog ini walaupun ianya nampak merepek..
Hidup seorang blogger seperti aku ni suka merayap-rayap di alam maya dan suka untuk study something new. Pada masa yang sama juga suka melawat blog blogger lain yang sememangnya sarat dengan maklumat-maklumat terkini. Itupun jika hidup seorang blogger tersebut banyak menghabiskan masanya untuk mengupdate blog. Dapatlah aku membaca update tersebut dan bertambahlah pengetahuan aku. Kalau entry tu menarik, tangan aku ni jadi gatal untuk membuat komen..
Program realiti tv yang cukup popular iaitu Akademi Fantasia 8 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur sudahpun melabuhkan tirainya. Malah konsert final AF8 itu menyaksikan para peserta memberikan persembahan yang cukup mantap.
Tahniah buat pasukan Korea Selatan yang menjuarai Piala Uber buat julung kalinya apabila berjaya menewaskan juara bertahan China dengan keputusan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 15 Mei 2010. Kemenangan ini sekaligus mencatat sejarah paling bermakna buat Korea Selatan.
Selepas kejayaan Negeri Sembilan Menjuarai Piala Malaysia yang lalu, kini pasukan bola sepak Negeri Sembilan kembali mengganas apabila turut menjuarai Piala FA 2010. Pada final Piala FA 2010 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil menyaksikan Negeri Sembilan menentang Kedah, perlawan yang berlangsung sehingga ke masa tambahan tidak membuahkan sebarang jaringan gol sehingga terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Sudah agak lama blog Cerita Melayu tidak berupdate, entry yang last ialah berkenaan tentang contest hidup berani untuk gagal. Maklumlah, kesuntukan masa tidak memberi ruang untuk aku update blog Cerita Melayu Boleh ini.