Dec 31, 2009

Happy New Year 2010

Happy New YearKali ini aku hanya ingin ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 ataupun Happy New Year 2010 kepada semua khususnya untuk mereka yang sentiasa melawat blog melayu boleh hidup berani untuk gagal samaada secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa anda semua, apalah nilai blog ini. Walaupun pelawat yang masuk adalah melalui satu kata kunci yang pada ketika dahulu cukup glamour dengan simbol lucah, aku dengan berani untuk menyahut cabaran memperbetulkan serba sedikit akan kata kunci tersebut supaya lebih indah khabar dari rupa. ( betul ke perumpamaan ini? haha).

Usaha tersebut berhasil apabila blog ini masih stabil rangkingnya di engine carian untuk kata kunci tersebut. Aku harap hasil yang baik ini akan berterusan supaya blog yang tersenarai di engine carian untuk kata kunci tersebut lebih releven. Tahukah anda apa kata kunci tersebut? Bak kata Bang Nabil, Lu pikirlah sendiri. :) Tapi aku pasti anda semua sudah dapat agak apa kata kunci yang aku maksudkan.

Ok, berbalik kepada topik kita Selamat Tahun Baru 2010, diharap happy new year 2010 ini disambut dengan cara yang baik-baik dan tanamlah azam untuk tahun 2010 nanti kearah yang lebih baik. Malah, bersyukurlah kita kerana masih menemui tahun 2010. Jika anda masih mempunyai impian yang belum tercapai di tahun 2009, cubalah capai impian tersebut pada tahun 2010 nanti.

Macam aku sendiri, tahun 2009 tiadalah apa-apa yang istimewa, ibarat masa berlalu begitu sahaja. Malah kegagalan di tahun 2009 lebih banyak dari kejayaan yang dicapai. Itulah lumrah kehidupan, setiap manusia akan melalui kegagalan dan kejayaan dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Oklah, aku pun dah tak tau nak tulis apa lagi, nanti kalu panjang-panjang tulis, tak tahu pula apa yang aku merepek. Anyway, Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua.

2 comments:

  1. Selamat Tahun Baru. Masih belum terlewat kan. Apa pun kata kunci yang di gunakan memang best. Paham-paham jer laa orang-orang kita ni kan.

    ReplyDelete
  2. Thanks bro.. selamat tahun baru juga..

    ReplyDelete